Cetusan Minda...: November 2004

Friday, November 26, 2004

Pengumuman: Kertas Kerja 'Seminar Kesenian dalam Islam'

Ada seorang sahabat yang berkunjung ke weblog teman bertanya tentang cara untuk mendapatkan kertas kerja 'Seminar Kesenian dalam Islam' yang pernah teman hadiri.

Em, untuk mendapatkan salinan kertas kerja tersebut, sila e-melkan alamat surat menyurat anda kepada teman di ibnu_shairy@yahoo.com. Insya-Allah akan teman kirimkan salinannya kepada anda.


Read more!

Thursday, November 25, 2004

Kembali ke Kampus

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama teman tidak mengepos entry ke weblog teman ini. Banner Ramadhan pun teman tak sempat menggantikannya dengan banner ucapan "Salam Aidilfitri", sehinggakan Izzud menjerit meminta tolong agar teman update weblog ini.

Di Perak tidak seperti di Kelantan. Di Perak, suasana Aidilfitrinya terasa sehingga sebulan. Maka, rasanya belum terlambat untuk teman mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pengunjung weblog teman. Maafkan teman jika ada salah silap yang dilakukan.

Teman juga mengucapkan "selamat pulang ke kampus" kepada siswa-siswi tanah air. Tatkala IPTA lain telah memulakan semester baru pada 22 November yang lepas, mahasiswa UIAM menghabiskan cuti yang masih berbaki seminggu.

Tahniah kepada yang memperolehi keputusan cemerlang dalam final exam lepas. Kepada yang kurang berpuas hati dengan natijah yang lepas, jangan berdukacita. Mulakan semester baru ini dengan azam dan semangat baru. Azam dan semangat yang direalisasikan dengan usaha dan strategi. Usaha dan strategi orang cemerlang semestinya berbeza daripada orang biasa.

Semoga kita semua terus berada di bawah naungan dan rahmat Allah Rabbul Jalil.


Read more!