Cetusan Minda...: Sure Heboh dan Islam Hadhari

Wednesday, August 04, 2004

Sure Heboh dan Islam Hadhari

Mufti negeri teman, Dato' Harussani semalam menegaskan bukan sahaja konsert Sure Heboh haram malah program-program hiburan yang melalaikan dan keterlaluan turut haram.

Program-program hiburan tu termasuklah Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition, etc...

Teman sangat menyokong fatwa beliau. Program-program tersebut ternyata memberi impak buruk terutama kepada remaja Islam di Malaysia.

Tetapi saya agak terkilan dengan kenyataan Dato' Paduka Abd. Kadir, Wazir Penerangan Malaysia supaya kajian yang teliti harus dibuat sebelum sesuatu fatwa dibuat. Kenyataan sebegini menggambarkan seolah-olah fatwa yang dikeluarkan itu dilakukan dengan melulu, merendahkan kredibiliti seorang Mufti.

Kadang-kadang teman pelik, mengapalah bila kerajaan mengamalkan dasar Islam Hadhari, keadaan masyarakat bertambah teruk. Memanda PM, Pak Lah pun sampai melahirkan perasaan kesal dan sedih dengan peningkatan kadar jenayah yang mendadak dalam masyarakat Malaysia.

Tetapi inilah realiti yang berlaku di depan mata kita. Islam Hadhari rancak dicanang seantero negara tapi dalam masa yang sama program-program hiburan yang keterlaluan terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Inilah realiti, tatkala pegawai-pegawai di Jbtn Perdana Menteri dan Jbtn Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan berdegar-degar menyampaikan ceramah berkaitan Islam Hadhari, muda-mudi Islam hiruk-pikuk berseronok di konsert Sure Heboh.

Sesuatu yang perlu kita renungkan...teman tak menyalahkan Islam Hadhari tapi teman kesal dengan pelaksanaannya yang kabur dan tidak meluas. Lebih baik teman terus menjunjung Islam yang teman faham sebelum ini tanpa menghiraukan Islam Hadhari.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home