Cetusan Minda...: Melayu Merdeka!

Tuesday, August 31, 2004

Melayu Merdeka!

Pagi merdeka...terlintas di benak fikiran teman, "macam mana lah keadaan di pagi merdeka 47 tahun yang lepas?"

Bangun pagi ni...lepas memperkemaskan diri, teman keluar mencari sarapan pagi. Pagi masih awal, jam 8.30 pagi. UIA seakan lengang. Terlintas di benak fikiran teman, "mana semua orang ni? Takkan lah semua ke Dataran Merdeka melihat sambutan Kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan. Ahh...mustahil! Tentu masih ramai yang mengerekot dalam selimut."

Hakikatnya, inilah lifestyle mahasiswa Malaysia (baca: Melayu) apabila cuti umum.

Keterlaluan tak jika teman kata MAJORITI mahasiswa Melayu ni pemalas?

Semalam teman berbual dengan seorang sahabat teman yang bakal berangkat kembali ke Manchester pertengahan September nanti. Teman tanya pada dia tentang budaya ilmu di sana. Penjelasannya apabila teman bandingkan dengan budaya mahasiswa Melayu sangat sangat berbeza.

Budaya spoonfeeding langsung tiada di universiti-universiti di sana. Kalau jawab exam, hanya bergantung pada lecture notes, alamatnya GAGAL!!

Cuba bandingkan dengan budaya mahasiswa Melayu di sini? Ahh...malunya teman pada diri sendiri.

Bila cakap tentang kemalasan orang Melayu, teringat teman pada novel 1511H-[Kombat] karangan Faisal Tehrani. Dalam novel tersebut Komander Zinneira (seorang Arab) tidak percaya dengan pilihan neneknya Jeneral Hajjah Nusaybah untuk melantik Muhammad Ameen (seorang Melayu) menganggotai Sidang Komander dalam mengetuai jihad Muslimin menentang kafir laknat Amerika.

Kenapa Komander Zinneira tidak percaya? Baginya Melayu seorang yang pemalas...

Itu kisah dalam novel. Hakikatnya sekarang? Bagi teman tak semua Melayu ini pemalas. Tapi disebabkan ramai yang pemalas, semua dicap PEMALAS!

Kisah Rizab Melayu pula...kenapa kerajaan akan membenarkan Tanah Rizab Melayu diusahakan oleh pengusaha bukan Melayu? Sebab Melayu malas...impian tinggi tapi tiada usaha!

Insaf diri teman di pagi MERDEKA 2004...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home