Cetusan Minda...: Jalan-jalan cari kerja

Saturday, March 26, 2005

Jalan-jalan cari kerja

Seminggu dua ini bila membaca berita-berita di media cetak mahupun elektronik pastinya ada isu graduan menganggur.

Berita Harian hari ini melaporkan antara usaha kerajaan membantu graduan yang terlibat dengan pengangguran ialah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menawarkan jawatan yang lebih rendah daripada kelayakan graduan di samping menggiatkan semula Kursus Siswazah Menganggur.

Risau juga teman melihatkan keadaan ini. Tahun 2005, mengikut perangkaan sudah menjangkau 80 000 graduan menganggur. Tahun 2007 nanti pula bagaimana?

Namun pada itu, ada juga seorang sahabat di ofis yang begitu gembira pagi tadi. Dapat kerja part-time katanya. Gaji lumayan juga, mengajar anak-anak yatim di sebuah tempat. Tahniah Kak Ar. Ada rezeki lebih boleh belanja kami.

Petang tadi teman ke Pusat Perubatan Naluri, menziarahi seorang sahabat. Dalam perjalanan pulang, teman singgah sekejap mengisi minyak di stesen ProJet. Waktu membayar, ternampak satu iklan 'Jawatan Kosong' di situ. Ketika di Carrefour untuk membeli buah tangan tadi pun ternampak iklan 'Jawatan Kosong' di hypermarket tersebut.

Banyak lagi kerja rupanya. Tapi, yang banyak itu tidaklah setaraf dengan kelayakan seseorang graduan berijazah.

Apa tindakan kita?

Dalam ruang waktu singkat ini, teman hanya mampu untuk wujudkan link ..jalan-jalan cari kerja.. di Kutub Khanah teman. Moga-moga ia bermanfaat buat kalian.

Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home