Cetusan Minda...: Forum "Enforcing Public Morality"

Saturday, April 30, 2005

Forum "Enforcing Public Morality"


Rabu (27/4/05) yang lepas teman menghadiri panel discussion & debate bertajuk "Enforcing Public Morality" di Hotel Le Meridien, KL Sentral anjuran bersama Liberal Forum Malaysia dan Sisters in Islam.

Entah mengapa teman excited sangat untuk pergi ke program tersebut. Lagi pula, sejak kes Jeslina Hashim yang lalu banyak pihak yang memberikan pandangan masing-masing berkaitan penguatkuasaan undang-undang ke atas perilaku moral individu. Kali ini teman berpeluang mendengar dan mentafsir sendiri pandangan dan hujah dari ketiga-tiga panelis dalam forum tersebut.

Tajuk perbincangan seperti teman katakan tadi adalah "Enforcing Public Morality". Walaupun terdapat sebahagian yang hadir menjangkakan isu moral yang dimaksudkan mencakupi pegangan semua agama, namun hujah-hujah yang diketengahkan lebih banyak memfokuskan terhadap Islam.

Zainah Anwar menjadi panelis pertama, tentunya tidak lari daripada memberikan pandangan dari kacamata seorang feminist. Teman masih teringat kata-kata beliau:

"jika seorang wanita muslim yang menyertai pertandingan ratu cantik didapati bersalah kerana kesalahan memakai bikini, mengapa lelaki muslim yang bertanding untuk merebut gelaran Mr. Universe yang hanya memakai trunk tidak bersalah?"

Panelis kedua, Dr. Param Cumaraswamy (Vice President, International Jurist Council) semacam agak membosankan hujahnya. Entah, no komen dari teman.

Yang pasti, bagi teman Dr. Siti Mariah Mahmud (Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS) was the best speaker pada hari itu. Lengkap dengan powerpoint presentation, hujah-hujah yang lebih terang, berjaya meyakinkan sebahagian besar hadirin dalam forum tersebut, dengan menjelaskan pelbagai persoalan yang dibangkitkan, meliputi masalah hukum Hudud, Enakmen Hukum Islam Terengganu (masalah takzir), persoalan akhlak, prinsip ketegasan Islam dan kebebasan mengamalkan agama bagi bukan Islam dan keresahan bukan Islam terhadap penguatkuasaan Syariah. Teman petik kata-katanya yang terpahat di ingatan teman:

"memang benar, enakmen berkaitan hukum hudud ditulis oleh manusia ... tetapi ianya adalah berlandaskan principles yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Undang-undang Islam tidak mendiskriminasikan sesiapa pun sebaliknya diskriminasi yang berlaku berpunca daripada penguatkuasaan dan penguatkuasaan dilakukan oleh manusia sendiri."

Em...namun teman tidak sempat menunggu sehingga sesi soal-jawab yang khabarnya lebih hangat ditambah dengan soalan-soalan berunsur provokatif. Teman pulang ke kampus selepas refreshment. Syabas Dr. Mariah.

1 Comments:

At May 11, 2005, Anonymous Anonymous said...

sy tidak hadir ke forum tersebut.

bagaimanapun, sy diberitahu Dr Mariah sangat cemerlang dalam menjawab kesemua persoalan-persoalan yg diajukan oleh penonton. orang menjangkakan beliau akan mudah jadi emosional dalam menjawab namun sebaliknya sangat tenang, profesional dan jawapannya juga meyakinkan dan secara tak langsung mematahkan hujah lawan.

syabas Dr Mariah.

 

Post a Comment

<< Home