Cetusan Minda...: Puasa Ramadhan vs. Solat Fardhu

Saturday, October 22, 2005

Puasa Ramadhan vs. Solat Fardhu

Di kampung baru-baru ini, teman berbual dengan makcik teman pasal trend ibu bapa yang suka memberi ganjaran kepada anak kecil apabila si anak berjaya menunaikan ibadah puasa. Upah puasa. Sehari seringgit. Sebulan penuh RM50.

Teman pun pernah melalui zaman umur yang sebegitu. Bezanya, ibu teman tidak pernah menjanjikan apa-apa ketika Ramadhan sebaliknya setiap pagi raya ibu akan hulurkan angpau berisi sejumlah wang yang sangat besar nilainya bagi seorang kanak-kanak berusia 7 ke 10 tahun waktu itu. Awal era 90-an.


Seakan-akan trend ini semakin meresapi adat Melayu Muslim di Malaysia. Ataupun ianya adalah salah satu parenting skill dalam mengasuh si anak melakukan ibadah puasa sejak kecil?

Melalui pemerhatian teman, ada juga baiknya daripada cara ini. Bukan lagi sesuatau yang asing di negara kita bila anak-anak sekecil 6 tahun boleh menghabiskan puasa mereka sehari-hari. Malah baik juga jika boleh diadaptasi oleh ibu bapa Muslim di negara lain.

Namun, ketika menanti bas untuk pulang ke kampung baru-baru ini, teman sempat melencong ke Suria KLCC. Hajatnya hendak ke pustaka buku Kinokuniya dalam menanti waktu tiba bas 2 jam lagi.

Bagi mereka yang biasa ke tingkat tertinggi Suria KLCC tentunya akan menempuhi food court terlebih dahulu di aras ketiga. Teman terserempak dengan seorang remaja Melayu yang sedang makan bersama beberapa rakannya dari pelbagai ras. Rasa malu ada, nak marah pun ada. Maka terfikir, siapa perlu dipersalahkan? Ibu bapa atau remaja tersebut? Jika pernah diamalkan trend upah puasa ketika dia masih kecil, maka terbukti kesan metodologi popular itu tidak berpanjangan. Tetapi jika tidak, mungkin elok remaja itu jika ketika kecilnya diasuh dengan upah puasa.

Tanya makcik teman, “antara puasa Ramadhan dengan solat fardu, mana lebih utama?”

Jawab teman, “Kedua-duanya sama utama. Wajib fardu ‘ain. Terang dan jelas dalil dalam Quran dan hadis.”

“Kalau begitu, kenapa tiada kaedah terbaik yang orang Melayu buat untuk asuh anak solat? Untuk puasa, ada pula,”
tambah makcik teman lagi.

Teman jawab juga walaupun hati mula mengakui kata-kata makcik, “Dah sebab Nabi memang ajar kaedah asuh anak solat. Umur 7 tahun perintahkan si anak solat. Umur 10 tahun jika enggan solat, boleh dipukul si anak tu. Puasa tiada kaedah khusus”

Melayu Muslim di Malaysia ini adakalanya terlupa keutamaan. Antara yang wajib pun keliru keutamaannya, inikan pula antara yang sunat dan wajib. Keadaan ini yang perlu kita perbetulkan.

Jika tidak kita akan melihat golongan Melayu Muslim yang tidak pernah tinggal solat sunat Aidilfitrinya tetapi sewenang-wenang meninggalkan solat fardhu Jumaat. Terutama di KL. Alasan meninggalkan solat Jumaat: banyak kerja, tak sempat sampai masjid kerana jalan sesak dan bermacam-macam alasan lagi.

Maka, tiada syak lagi. Tindakan segera perlu kita ambil.

3 Comments:

At October 23, 2005, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum....
ader benarnya aper yg dibincangkan..kekadang org melayu kiter nie tak pentingkan sangat solat fardhu.kita boleh lihat bila tibanya wktu solat SUNAT aidilfitri,mesti penuh jer masjid.tapi bila diteliti,tiap2 hari biasa,ketika solat fardhu,walaupun ader gak jemaah,tapi tak seramai solat SUNAT tu..
lagi satu,cuba kiter perhatikan, tiap2 bulan puasa meti ramai jer jemaah kat masjid, sesetengah org kater, bulan puasa ni lah banyak dapat pahala.. memang betul,habis tue, hari2 biasa,takder pahala yg dikurniakan oleh Allah kepda hambaNya? habis tue nak tunggu bulan puasa dulu baru nak bertaubat?baru nak tambahkan pahala? sedangkan bulan puasa satu bulan sahaja setahun, tapi hidup kita selalu berdepan ngan dosa?cukup ker sebulan tue nak cover balik dosa2 yang telah dibuat?
kalaupun sebulan bulan puasa tu kiter buat ibadah jer, tapi belum tentu 100% semuanya diterima, semuanya dapat cover balik dosa2 yang lepas..
kita seorang muslim mesti tahu,solat itu tiang agama..kalau tiang itu kukuh,maknanya kita dapat berdiri dengan tegak dan kukuh..dan segala amalan yang berhubungkait dengan agama,kiter akan lakukan lillahi ta'ala..
maaflah sekiranya aper2 yang disuarakan tidak memuaskan hati mana2 pihak.sesungguhnya aper yang benar itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri hamba sendiri.. wallahu a'alam..

 
At October 23, 2005, Anonymous Anonymous said...

yg hang tngk tu bukan melayu muslim kot zikri. Mana tau kot2 org asli bkn muslim ker. Ahaks.

 
At October 23, 2005, Blogger rakyat perak said...

Manusia akan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh apabila dia mengetahui bahawa dia takkan dapat melakukannya lagi di masa akan datang.

Begitu juga dengan Ramadhan. Andai kita tahu bahawa ini ialah Ramadhan terakhir kita, tentunya kita akan memanfaatkannya bersungguh-sungguh ke tahap paling maksima.

 

Post a Comment

<< Home