Cetusan Minda...: WUFI menang di UIAM

Saturday, September 18, 2004

WUFI menang di UIAM

(18092004-Sabtu)
Lamanya teman tidak menjenguk ke weblog teman ni. Tak sempat teman nak mengulas tentang pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim 2 September lepas. Juga teman tak sempat mengulas tentang pra-pilihanraya kampus.

15 September lepas, berakhir sudah pilihanraya kampus. Keputusannya WUFI (We Unite For Islam) menang di kampus UIAM.

Pilihanraya kampus tahun ini menyaksikan UM jatuh ke tangan kumpulan yang mendakwa mereka pro-aspirasi Kerajaan. Ketika hari penamaan calon lagi mereka telah menang. Teman mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di UM tersebut hasil laporan sahabat-sahabat teman di sana. Banyak sangat perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku menjelang hari penamaan calon. Tidak perlulah teman menceritakan semula di sini perihal ketidakmatangan kumpulan tersebut dalam proses demokrasi politik kampus. Hanya siswa-siswi UM yang mengetahui dan merasai apa yang berlaku.

Di UIAM juga tak kurang hebatnya.
-Sistem "e-voting" dilaksanakan 100%. (teman meragui ketelusan & kerahsiaannya)
-Proses berkempen hanya bermula jam 3 petang 13/09 dan berakhir 11.59 malam 14/09. (kata hati teman: "bagaimanalah nak memperkenalkan calon Kerusi Umum kepada lebih kurang 12000 siswa siswi yang layak mengundi UIA?")
-Poster calon digabungkan dalam 1 poster mengikut Kerusi. (Hati teman menjerit: "TAK LOGIKNYE!!")
-Tulisan 'banner' kerusi IRK mesti dicat dengan warna 'silver'. (Cuba bayangkan, kain rentang warna putih, tulisan pada kain warna silver...nampak jelas tak tulisannya?)
-dan bermacam-macam lagi peraturan baru yang diperkenalkan.

Begitulah realiti suasana pilihanraya kampus kali ini. Pada 13/09 SUHAKAM mengeluarkan kenyataan akhbar tentang kerisauan badan tersebut terhadap perjalanan pilihanraya kampus kali ini. (boleh rujuk www.suhakam.org.my)

Apa pun , pengundi telah memilih siapa pemimpin mereka. Kini merupakan tanggungjawab YB-YB baru SRC UIA untuk mengisi kemenangan dan merealisasikan manifesto mereka.

Bagi yang kalah, teman harap jangan kecewa. Adat pilihanraya, ada kalah dan ada yang menang. Yang pasti terus tunjukkan komitmen anda kepada Universiti, bersama berganding bahu dengan SRC baru dalam mengekalkan kesucian Taman Ilmu & Budi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home