Cetusan Minda...: Kebebasan media di Malaysia

Monday, October 24, 2005

Kebebasan media di Malaysia

Antara faktor yang mencetus kepada kebangkitan aktiviti blogging ialah tahap kebebasan media di sesuatu negara.

Ramai bloggers yang lahir disebabkan mereka kecewa dengan media-media arus perdana yang terlalu bias, berat sebelah dan tidak telus 100% dalam melaporkan berita. Kerana apa?

Kerana media-media arus perdana dikawal oleh pemerintah negara tersebut. Di atas kesedaran untuk menjadi media alternatif maka ramai bloggers (tidak semua) tampil untuk merealisasikan freedom of press dan freedom of information. Mereka mengkritik isu dan hal ehwal negara dan antarabangsa. Mereka meluahkan pandangan mengikut lunas undang-undang namun dengan gaya yang lebih bebas.

Ketika teman menghadiri bengkel bersama Jeff Ooi tidak lama dulu, dia menyatakan bahawa dia bukannya aktivis hak asasi manusia, bukannya pemerhati politik. Dia hanya mengutarakan isu-isu yang mengecewakan masyarakat. Isu yang tidak didedahkan oleh media, isu yang kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Di Malaysia, beberapa akta yang mengawal kebebasan media. Antaranya Akta Cetak dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi, Akta Fitnah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mari kita lihat kedudukan terbaru Malaysia dalam aspek kebebasan media yang baru dikeluarkan semalam. Ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Namun masih berada di takuk yang bawah-bawah.


3 Comments:

At October 23, 2005, Anonymous Anonymous said...

saya ader baca tulisan ali bukhari amir dlm Siasah baru2 nie. Dia kata sendiri,reporter tu kata pihak editorial board yg pusing fakta yg depa perolehi drpd usm time campus election.

 
At January 31, 2006, Anonymous Anonymous said...

mengapa harus melihat isu kebebsan media sebagai satu isu yang bersifat global.bukankah tindakan Dr. M yang mengubal akta kawalan media (jika bukan disebabkan 2 wartawan AWSJ yang BIADAP!)itu benar-benar menyekat Malaysia daripada cemuhan dan kritikan negara asing. soalnya, media asing tidak ada hak untuk mengkritik kita dan untuk itulah akta media digubal dan pada masa yang sama mempastikan media malaysia sendiri memberikan laporan yang benar dan bayangkan apa akan terjadi sekiranya semua ini tidak wujud. Sudah tentu media malaysia yang kononnya bebas...sebebas-bebasnya tetapi dalam saol China press yang mengemukakan laporan palsu berhubung wanita bogel yang ketuk-ketampi dalam lokap.Siapa malu?kita juga beb! sudahlah fakta salah kemudian terpaksa pula terbang pergi ke china untuk meminta maaf. Jika akta kawalan media 1969 dan akta mesin cetak tidak digubal dan media malaysia dipantau oleh kerajaan, nescaya insiden 13 mei 1969 akan berulang. Jangan kerana kebebasan media, maruah negara diperdagangkan.Lihatlah sahaja apa yang yang dilakukan oleh Harakah, kebebasan sudah diberikan tapi bukan tujuannya untuk mendidik masyarakat Islam yang kian hari kian musnah (tak percaya sila baca majalah MASTIKA YEE)sebaliknya maki hamun dan fitnah.Akhbar Islam pembangkang yang walaupun diterbitkan dalam kawalan akta-akta media masih mampu menerbitkan kandungan-kandungan yang busuk dan keji apakan akan berlaku sekiranya akta ini dimansuhkan dan kebebasan itu diberikan. Lingkuplah Malaysia! Media malaysia sudah diberikan kebebasan yang sepenuhnya dan jalankan tanggungjawab sebarai satu bentuk atau saluran yang bertindak sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Kewujudan akta media adalah wajar demi mempastikan kedudukan Malaysia tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.Dalam hal ini, 100% saya menyokong tindakan Dr. M dalam soal pengubalan akta Media.

 
At January 31, 2006, Anonymous Anonymous said...

wow...komen sdra.edwin memang bernas. Setuju gak dengan pandangan beliau, dengan Harakah aje dah pusing kepala kita dengan macam2 berita palsu, juz imagine wat will hapen jika semua pihak boleh terbitkan akhbar sesuka hati dan sah,kucar-kacirlah negara kita. juz nak tambah sikit, biarlah sistem media kita kekal cam ni jugak. tak perlu kebebasan. Media kita dah buat tugas dengan bez so tak payahlah nak mengada2 nak kebebasan.
to Sdra.Edwin, keep it up man!

 

Post a Comment

<< Home