
Semalam saya sempat menghadiri wacana di PWTC mengenai Perang Dunia ke-4. Halatuju wacana hanya 1, keamanan dunia. Menjadikan perang sebagai salah satu
JENAYAH. Menghukum setiap pemimpin negara yang melancarkan perang sebagai
PENJENAYAH PERANG.
Sudah tentu, Perang Dunia ke-4 adalah perang ke atas dunia ISLAM.
Piagam PBB, di bawah Artikel 2(4), jelas menyatakan bahawa
"All members shall refrain in their international relations from the threat or use of force against the territorial integrity or political independence of any state, or any other manner inconsistent with the Purpose of the United Nations". Jelas dan terang, komuniti dunia bersepakat dalam melarang tindakan perang dijadikan jalan penyelesaian dalam sesuatu pertelingkahan antara negara-negara di peringkat antarabangsa.
Namun begitu, mutakhir ini, dunia dikuasai oleh kuasa unipolar Amerika Syarikat. Pelancaran perang ke atas Afghanistan & Iraq dilakukan secara unilateral, bercanggah dengan prinsip multilateral PBB.
Selagimana 5 kuasa besar (
Big Five) di dalam Majlis Keselamatan PBB dibenarkan untuk dianugerahkan dengan kuasa VETO, sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh PBB boleh dibatalkan sewenang-wenangnya dengan kuasa tersebut.
Kuasa VETO tersebut perlu dihapuskan. Namun begitu, ia bukannya tugasan yang mudah. Idea untuk menghapuskan kuasa veto memerlukan pindaan terhadap Piagam PBB dan Piagam tersebut sangat
rigid untuk dipinda atau disemak semula. Sebarang pindaan memerlukan persetujuan kesemua Big Five.
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa usaha untuk menjadikan Majlis Keselamatan PBB ini lebih seimbang, demokratik dan efektif?
Pada Disember 2004, telah ditubuhkan
UN-appointed High Level Panel on Threats, Challenges and Change. Sebuah panel yang dilantik oleh PBB dan panel tersebut mencadangkan idea untuk memperbesarkan keahlian Majlis Keselamatan PBB.
2 model '
enlargement' telah dicadangkan dan kedua-dua model adalah untuk menambah keahlian Majlis menjadi 24 negara anggota daripada 15 negara seperti sedia ada:
Model A - mencadangkan pertambahan 6 kerusi tetap tanpa veto + 3 lagi kerusi yang dipilih setiap 2 tahun sekali.
Model B - mencadangkan kategori baru 8 kerusi (boleh diperbaharui setiap 4 tahun sekali) + 1 kerusi (tidak boleh diperbaharui dan hanya untuk tempoh 2 tahun).
Namun dalam laporan Mac 2005 Setiausaha Agung PBB yang bertajuk
"Enlarging Freedom", tidak dinyatakan langsung kecenderungan salah satu pilihan di antara kedua-dua model tersebut.
Secara kesimpulannya, saya tidak nampak masa depan reformasi struktur Majlis Keselamatan PBB ini kerana anggota tetap (Big Five) Majlis Keselamatan sedia ada boleh menyokong ataupun mem'veto' keputusan untuk merobah struktur sedia ada tersebut. Suatu tindakan kolektif seluruh negara dunia (selain BIG FIVE) perlu dilakukan untuk melakukan reformasi ini.
Pinggirkan BIG FIVE dalam hubungan diplomatik antarabangsa!
Ataupun sebagai jalan terakhir,
tinggalkan BIG FIVE dan PBB! Kerana hakikatnya PBB adalah milik BIG FIVE bukan komuniti dunia.
Kita tubuhkan organisasi komuniti dunia yang holistik yang menghormati prinsip
sovereignty, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Wallahua'lam.
Read more!