Cetusan Minda...: KL bandaraya ketiga paling biadap di dunia?

Wednesday, June 21, 2006

KL bandaraya ketiga paling biadap di dunia?

Headnote Zikri: Sepatutnya Reader's Digest menambah satu lagi skop penilaian mereka iaitu dengan menilai sikap pihak polis dalam melayan rakyat Malaysia yang berhimpun menuntut hak mereka sebagai rakyat.

(sumber: Malaysiakini.com)

Bandaraya Kuala Lumpur berada di tangga ketiga sebagai bandaraya paling biadap di dunia, demikian menurut satu kajiselidik yang dijalankan oleh sebuah majalah antarabangsa.

Kajiselidik itu dijalankan oleh majalah Reader's Digest di 35 bandar raya dunia itu dan disiarkan berulangkali oleh rangkaian berita CNN. Dalam kajiselidik tersebut, majalah berkenaan membuat rumusan mengenai tahap sopan santun atau biadapnya penduduk bandaraya berdasarkan kepada kesanggupan mereka membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali, membantu orang lain dan pekerja memberikan perkhidmatan dengan keramahan dan senyuman.

Mengulas laporan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil kajiselidik tersebut boleh dipertikaikan.

"Kita boleh mempertikaikan asas yang digunakan dalam kaji selidik tersebut sebab saya difahamkan ramai juga pelancong, apabila melawat Malaysia berkata, salah satu tarikannya ialah kerana kita bangsa yang sangat mesra dengan pelancong."

CNN siar berulangkali

Menurut laporan Bernama, di samping itu, kata Najib, hasil kajiselidik majalah Reader's Digest itu juga memberi kesan negatif kepada negara terutama apabila ia disiarkan rangkaian CNN berulang kali.

Namun begitu, Najib berkata, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa penilaian telah dibuat dan mereka perlu berusaha untuk menukar persepsi itu.

"Salah satu caranya adalah melalui Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan baru-baru ini," katanya.

Menjawab soalan, Najib bagaimanapun menolak kemungkinan wujudnya unsur "sabotaj" dalam kajiselidik itu yang turut kritikal terhadap Hong Kong dan Mumbai. Hasil kajiselidik itu meletakkan bandaraya New York sebagai bandaraya paling bersopan santun di dunia.

1 Comments:

At September 18, 2006, Anonymous Anonymous said...

fuck u new york u re the only one country very stupid and very fucking shit...new york fuck...fuck...fuck...

 

Post a Comment

<< Home