Cetusan Minda...: Pak Lah bersandiwara dengan gagasan Pelan Integriti Nasional?

Thursday, May 11, 2006

Pak Lah bersandiwara dengan gagasan Pelan Integriti Nasional?

Sebelum baca entry di bawah, lihat dulu 5 sasaran yang diletakkan dalam Pelan Integriti Nasional yang digagaskan oleh Pak Lah tidak lama dulu:

i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan;

iii. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. memantapkan institusi keluarga; dan

v. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Lihat pula, ulasan berita tentang pengakuan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof tentang pemilikannya dalam Binyu Sof (baca: bin Yusof) Enterprise.

Soalan saya, tidakkah mengarahkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia supaya 'tutup sebelah mata' itu merupakan salah satu penyalahgunaan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan Ahli Parlimen?

Baca juga: Ahli Parlimen Jasin patut dikenakan tindakan: Shahrir

Sekarang, kita tunggu dan lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (merangkap Ketua Whip BN) ke atas Ahli Parlimen tersebut.

Terfikir juga saya Pelan Integriti Nasional itu hanyalah sandiwara. Maka akan teruslah terhukum Datuk Shahrir yang menyokong usul Pembangkang dengan niat menegakkan integriti sebagai wakil rakyat dan ahli Parlimen.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home