Cetusan Minda...: E-mel dari Miri: Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

Thursday, May 04, 2006

E-mel dari Miri: Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

Saya menerima e-mel ini daripada seorang sahabat saya yang bertugas di Miri, Sarawak semalam.

Salam,

Saya memang telah diberitahu semalam oleh Sdr Malek tentang sidang akhbar pertama MAFREL di Kuching ini. Tujuannya ialah untuk mendedahkan secara awal tentang beberapa keraguan berkenaan dengan senarai daftar pengundi dan memaklumkan fungsi, tugas dan kehadiran MAFREL dalam senario Pilihanraya Negeri Sarawak.

Pendedahan awal tentang keraguan daftar pengundi telah dapat dibuat dengan mudah dan profesional dengan bantuan 'programming' khas terhadap Senarai Daftar Pengundi yang rasmi yang digunakan untuk pilihanraya kali ini.

Dengan menumpu kepada 11 kawasan DUN di bawah 5 kawasan Parlimen terpilih masing-masing di Sibu, Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching and Miri, MAFREL telah dapat mengeluarkan keputusan awal data tersebut dalam masa beberapa jam sahaja. Ini hasil daripada pengalaman ketika PRK Pengkalan Pasir dulu.

Nyata daripada hasil yang diperolehi, sudah ada persoalan yang timbul. Terdapat 94 orang pengundi berdaftar pada satu alamat di Sibu! Dan terdapat peratus yang tinggi pengundi berdaftar tanpa alamat (misalnya di Bawang Assan - 71.41%). Adakah ini pengundi hantu? Memang tindakan sewajarnya ialah mengesahkan alamat dan pengundi tersebut secara fizikal sebagaimana yang dinyatakan oleh Sdr Malek.

Berilah sokongan kepada MAFREL dalam tugas pemantauan ke arah pilihanraya yang bebas lagi adil.

Syed Ibrahim Alhabshi

1 Comments:

At May 06, 2006, Anonymous Anonymous said...

saya sentiasa menyokong kebenaran. Teringin melihat pilihan raya dijalankan dengan bersih, cekap dan amanah. Terutama dalam negara yang dikatakan negara Islam.

 

Post a Comment

<< Home