Cetusan Minda...: Yang dimusuhi ialah Islam

Thursday, May 25, 2006

Yang dimusuhi ialah Islam

Oleh; Penarik Beca

Sampai hari ini, gerombolan yang memusuhi Islam terus mengutuk 500 umat Islam yang berdemonstrasi 14 Mei lalu membantah forum umum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua'. Mereka tidak puas melanyak dan mendebik walaupun mereka yang berdemonstrasi itu tidak takut apa pun jua kutukan makhluk-makhluk lain yang kini mahu berkeliaran ke seluruh negara - menyalak dan menunjuk bagak.

Memang mereka tidak takut. Peduli apa kata dan nista sesiapa pun!

Memang, jangan dipedulikan kata dan lagak bijak sesiapapun kerana forum mereka sebenarnya hendak dijadikan medan 'cakaplah apa nak cakap' mengenai pertembungan undang-undang sivil dan syariah. Kononnya atas nama demokrasi dan berbincang secara rasional.

Kalau atas nama demokrasi, tamadun dan perbincangan rasional awak boleh perlekeh agama saya, bolehkah saya juga perlekeh agama awak dengan alasan yang sama?!

Dan, apabila diberitahu Aliran dan kumpulan yang menamakan diri mereka Article 11 menjadi penganjur forum itu, nampak sangat Inter Faith Council (IFC) sedang memakai topeng jarang. Article 11 adalah gerombolan yang sama dengan IFC. Memang pun, antara 13 NGO yang menganggotainya termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM).

Jurucakap forum itu, Haris Ibrahim memberitahu, forum yang dihadiri lebih 200 orang itu mahu membincangkan mengenai Perkara 121 (A), dan bukannya membincangkan mengenai penubuhan IFC.

Alahai Haris, bukan orang tak tahu, Suruhanjaya Antara Agama (IRC) apalagi IFC tak ada maknanya lagi apabila tiba-tiba tercetus kes Sarjan M. Moorthy dan datanglah idea bahawa Perkara 121 (A) adalah budak belasahan yang lebih sedap dan lazat untuk didebik-debik.
Bukan orang tak tahu, walaupun berbincang mengenai Perkara 121 (A) dan bukannya mengenai penubuhan IFC, sasaran utama yang hendak disembelih sepuas-puasnya tetap satu; Islam.

Tidak pedulilah walaupun Suhakam pernah menyatakan perkara 121 (1A) tidak perlu dipinda kerana ia tidak melanggar hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suhakam waktu itu, Datuk Hamdan Adnan berkata, Suhakam berpendapat artikel berkenaaan tidak perlu dipinda asalkan hakim mentafsir artikel berkenaan mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak peduli. Mereka tetap menggila konon atas nama perbincangan rasional, entah apa-apalah racau siut mereka.

Tidak kira apa dan seelok mana hiasan kata-kata yang cuba menyembunyikan apa yang hendak disembunyikan, mangsa muktamad yang hendak dicincang lumat tetap sama - Islam.

Samalah seperti kata-kata Lim Kit Siang dahulu bahawa dia bukan anti-Islam, dia hanya menolak negara Islam. Pada Lim, mungkin ada bezanya. Tetapi pada kami, tak ada bezanya. Sekadar permainan subjek dan predikat sahaja.

Sebab itulah, apa pun siapa nak kata kami peduli apa! Kami tetap memandangnya sebagai perang terhadap Islam. Islamlah yang sebenarnya awak perangi walau sehebat mana pun awak bermain kata untuk menafikannya. Berdalihlah selincah putar belit awak. Kami tak percaya. Noktah!

Namun, yang sakit dan meluat sungguh mata melihatnya ialah apabila ada otak terencat yang menulis untuk membela kerja-kerja memerangi Islam itu dengan menggunakan ajaran Islam apabila memperalatkan firman Allah, "Tiada paksaan dalam agama" (Surah al-Baqarah: 256). Diulang tayang lagi kebodohannya yang terbodoh.

Alangkah tak malunya si terencat akal itu. Dia bodoh, tak kisahlah tu. Yang jeleknya, ditayang-tayangkan pula kebodohannya di dada akhbar supaya satu Malaysia malah seluruh dunia boleh melihat kebodohannya yang teramat bangang.

Ketika orang bukan Islam pun ramai dah tahu bahawa "Tiada paksaan dalam agama" bermaksud orang-orang bukan Islam tidak dipaksa memeluk Islam, dia masih lagi merapu dengan fahaman yang sudah berkali-kali dimuziumkan dan bangga sungguh dia dengan kebodohannya - bukan senang hendak mencari orang yang riak dengan kebodohannya.
Budak-budak pun tahu, kalau tak sembahyang berdosa; tak puasa berdosa; tak bayar zakat atau fitrah berdosa dan kalau mampu, tak pergi mengerjakan haji berdosa. Kalau tak buat dihukum berdosa, apa lagi namanya kalau bukan paksaan?

Bukan sahaja paksaan dalam solat, puasa dan perkara-perkara wajib yang lain, malah diberi amaran pula; dari Ibnu Abbas r.a., "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad). Kalau sampai diancam hukuman bunuh, adakah bukan paksaan? (Kepada hati yang liar dari Tuhan, memanglah itu ayat amaran dan paksaan tetapi kepada yang dekat hatinya dengan Tuhan, ia bagai ucapan kasih sayang; seperti isteri yang penuh cinta memberi amaran kepada suaminya, "Kalau abang tinggalkan saya, saya akan bunuh abang!")

Dan apabila diperintahkan "hendaklah kamu membunuhnya," bukankah ia bermakna perlu ada pihak berkuasa di dunia ini yang disepakati alim dan adil untuk melaksanakan perintah "hendaklah kamu membunuhnya"? Tak mungkin perlaksanaan "hendaklah kamu membunuhnya" itu di alam kubur atau di Padang Mahsyar. Pada waktu itu, seronoklah si jahat kalau ia dibunuh sedangkan ia perlu hidup untuk menerima hukuman.

Sudahlah, jangan diwayangkan betapa bengapnya awak. Janganlah tulis kononnya Pak Arab itu dan Mak Arab ini cakap begitu dan begini. Siapa mahu tahu Pak Arab dan Mak Arab mana!? Orang mahu tahu ayat al-Quran atau Hadis yang mana, kalau kamu orang yang benar.
Janganlah merapu dengan dalih-dalih yang plastik!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home