Cetusan Minda...: Perihal Pemimpin Melayu

Wednesday, September 22, 2004

Perihal Pemimpin Melayu

[22/09/2004]

--> Perhimpunan Agung UMNO

Perhimpunan Agung UMNO telah pun bermula. Sepanjang minggu ini, tentunya stesen-stesen TV utama dan akhbar-akhbar arus perdana memberi fokus kepada perhimpunan ini. Tambah pula tahun ini ada pemilihan di peringkat pucuk pimpinan UMNO.

Hari ini, setiap ucapan pemimpin Pemuda dan Puteri menyebut nama seorang tokoh. Dulunya di dalam UMNO beliau bercita-cita melakukan islah dari dalam. Dulu ketika menjawat jawatan TPM, semua bermanis muka. Hari ini, beliau digelar "penderhaka", "pengkhianat", tak patut beliau diperlakukan sebegitu. Doa teman dalam hati: "Semoga Dato' Seri Anwar Ibrahim cepat sembuh."

Menyorot intisari ucapan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam penuh dengan agenda mengangkat martabat Melayu. Teman tabik kepada harapan dan amanat beliau.

Teman rindukan melihat bangsa teman menguasai bidang ekonomi sepertimana digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Teman kepingin melihat pelajar dan mahasiswa Melayu menyaingi bangsa lain dalam bidang pendidikan.
Teman kasihan melihat masih ramai bangsa "yang takkan hilang di dunia" ini hidup melarat.
Teman geram melihat jumlah penagih Melayu terus meningkat di pusat-pusat serenti.
Teman doakan agar bangsa Melayu ISLAM akan memimpin kebangkitan Islam suatu hari nanti.

Melayu perlukan pemimpin yang berwibawa untuk memimpin kemajuannya. Kemajuan Melayu bukan hanya diukur kepada kemajuan material dan fizikal semata-mata. Ekonomi Melayu tidak dilihat kepada kejayaan beberapa tycoon Melayu sahaja. Melayu perlu maju akhlaq dan adabnya. Melayu perlu punya identiti bangsanya sendiri, bukan terikut-ikut dengan budaya hedonisme barat.

MELAYU perlu dikembalikan kepada panduannya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home