Cetusan Minda...: Coretan ke belakang [2]

Monday, May 23, 2005

Coretan ke belakang [2]

"Blog, blog, blog!"


Jam 3.15 pagi, hari Ahad lalu teman pergi ke Bangsar. Bukan untuk ke Modestos atau kelab malam yang memang sedia berselerak di Bangsar. Sebaliknya ke wisma Malaysiakini. Menemani saudara Amin Idris untuk live video conference dengan mahasiswa-mahasiswa di Amerika.

Antara panelis lain pada subuh tersebut ialah Hishamuddin Rais. Heh, kali ini teman berpeluang bersemuka dengan Hishamuddin Rais, seorang sosialis yang selama ini teman hanya membaca tulisannya di media-media.

Tak perlu rasanya teman membicarakan tentang diri Pak Hisham ini kerana telah terang lagi bersuluh ideologinya yang taksub dengan pemikiran Sosialisme dan Marxisme. Adakala kata-katanya tidak mencerminkan nama ‘Hishamuddin’ yang tertera di kad pengenalannya. Banyak yang menggugat akidah dek fahaman sosialis yang didokongnya sejak zaman universiti lagi.

Pagi itu Pak Hisham menegaskan, “blog, blog, blog!” ketika mengulas peranan yang boleh anak muda mainkan dalam situasi negara dan dunia sekarang. Katanya, zaman ini aktiviti blogging semakin popular. Anak muda boleh mengenengahkan pemikiran, pendapat, kritikan dan komentar terhadap apa sahaja perkara yang berlegar dalam dunia melalui blog. Ini satu medium peluang yang tidak wujud pada zamannya.

Bagi teman, benar kata Pak Hisham itu. Teman memang akui aktiviti blogging telah mula popular zaman sekarang. Cuma sejauh mana kita memanfaatkan peluang yang ada itu yang menjadi persoalan.

Pakdi, dalam entry terbarunya, menyatakan bahawa blogger perlu ada identiti tersendiri. Teman akui dan sokong kata-katanya.

Kini, begitu ramai bloggers yang lahir. Tapi, mungkin ramai yang masih belum jelas dengan sebab musabab mereka mewujudkan weblog sendiri. Mungkin juga tidak sedar bahawa di hadapan mereka tersedia satu wadah yang yang mampu merobah keadaan masyarakat dan dunia.

Em, teman cadangkan Pakdi buat satu bengkel untuk bloggers terutama yang rapat dengan Pakdi dan belajar di tempat yang sama dengan Pakdi. Siapa tahu, usaha sekelumit yang digerakkan pada 2005 ini bakal mempengaruhi masa depan negara 15 tahun akan datang.

Cuba bayangkan jika bloggers berfikrah Islam tulen (bukan Islam liberal) yang berlambak dalam dunia blog ini terus komited menyuarakan idea dan pandangan kreatif. Pastinya weblog mereka menjadi tumpuan dan hasilnya mencetus momentum yang berdentum untuk memimpin kebangkitan Islam.

Fikirkan.

4 Comments:

At May 23, 2005, Anonymous Anonymous said...

siapakah "kawan-kawan" yang dimaksudkan tu :)

 
At May 25, 2005, Blogger TajamFikir said...

Assalamualaikum, teman setuju benor, bagi bloggers ni bermuhasabah kembali tujuan penglibatan di dalam dunia blog ni.
Apakah kita mahu melihat blog hanya digunakan sebagai diari.........., fikirkan bersama.

 
At June 08, 2005, Anonymous Anonymous said...

agree dgn bloggers perlu ader identiti sendiri..

kita ble gunakan blog sebagai medium.. tetapi dgn cara yg sesuai dan boleh diterima..kan?

macam maner dgn orang yg bukan islam yg ader blog? diorg guner blog utk aper..?

mungkin orang kate: sukati ler blog dier dia nak wat aper pun..

cam ner nak jawab tuh? ;) tq

 
At June 09, 2005, Blogger rakyat perak said...

Memang ler...tuan empunya blog bebas nak buat apa pun terhadap blog dia. Dia boleh tulis catatan peribadi dari bangun tidur sampai tidur semula. Tak salah. Ada yg suka org lain kunjung blog dia dan ada yg tak nak diketahui org lain.

Pembaca blog pun begitu juga. Ada yg berkenan sgt membaca hal peribadi org lain, ada yg suka membaca idea pemikiran org, ada yg gemar nak mengetahui berita dll.

Maka tentunya peminat2 ini akan mengunjungi blog yg sesuai dgn interest dia.

Idea teman ttg bengkel tu untuk mereka2 yg suka menulis idea pemikiran terhadap apa jua isu yg berlaku. Dan juga bg mereka yg ingin mengetahui apa yg diorg boleh sebarkan melalui blog :)

 

Post a Comment

<< Home