Cetusan Minda...: July 2006

Sunday, July 16, 2006

Fikrah Anak Muda: Sokong Peguam Pembela Islam

PERSATUAN Ilmu Wahyu dan Warisan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyokong inisiatif penubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) atas dasar menjaga dan memperjuangkan kedaulatan dan keagungan agama Islam di negara kita.

Fungsi PPI ini adalah untuk mempertahankan kedudukan Islam di negara ini mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kita mengakui bahawa kerancakan pihak tertentu yang mempromosi hak asasi melampaui prinsip Islam mampu menggugat agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam seperti isu murtad, perlanjutan tempoh pusat hiburan, isu pemalsuan logo halal dan sebagainya. Namun, apa yang kita lihat institusi agama Islam dan pihak berkuasa tempatan seolah-olah tidak mampu mengawal dan membasmi perkara ini.

Kami berharap banyak lagi entiti masyarakat mampu membina gabungan demi membantu pihak berwajib menangani kebejatan krisis umat Islam pada hari ini.

Tidak lupa juga kepada mahasiswa Islam dan khususnya mereka yang mendalami disiplin pengajian Islam.

MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN,
Presiden Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Read more!