Cetusan Minda...

Sunday, July 16, 2006

Fikrah Anak Muda: Sokong Peguam Pembela Islam

PERSATUAN Ilmu Wahyu dan Warisan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyokong inisiatif penubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) atas dasar menjaga dan memperjuangkan kedaulatan dan keagungan agama Islam di negara kita.

Fungsi PPI ini adalah untuk mempertahankan kedudukan Islam di negara ini mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kita mengakui bahawa kerancakan pihak tertentu yang mempromosi hak asasi melampaui prinsip Islam mampu menggugat agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam seperti isu murtad, perlanjutan tempoh pusat hiburan, isu pemalsuan logo halal dan sebagainya. Namun, apa yang kita lihat institusi agama Islam dan pihak berkuasa tempatan seolah-olah tidak mampu mengawal dan membasmi perkara ini.

Kami berharap banyak lagi entiti masyarakat mampu membina gabungan demi membantu pihak berwajib menangani kebejatan krisis umat Islam pada hari ini.

Tidak lupa juga kepada mahasiswa Islam dan khususnya mereka yang mendalami disiplin pengajian Islam.

MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN,
Presiden Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Read more!

Friday, June 23, 2006

Tinggalkan BIG FIVE, Keluar PBB!


Semalam saya sempat menghadiri wacana di PWTC mengenai Perang Dunia ke-4. Halatuju wacana hanya 1, keamanan dunia. Menjadikan perang sebagai salah satu JENAYAH. Menghukum setiap pemimpin negara yang melancarkan perang sebagai PENJENAYAH PERANG.

Sudah tentu, Perang Dunia ke-4 adalah perang ke atas dunia ISLAM.

Piagam PBB, di bawah Artikel 2(4), jelas menyatakan bahawa "All members shall refrain in their international relations from the threat or use of force against the territorial integrity or political independence of any state, or any other manner inconsistent with the Purpose of the United Nations".

Jelas dan terang, komuniti dunia bersepakat dalam melarang tindakan perang dijadikan jalan penyelesaian dalam sesuatu pertelingkahan antara negara-negara di peringkat antarabangsa.
Namun begitu, mutakhir ini, dunia dikuasai oleh kuasa unipolar Amerika Syarikat. Pelancaran perang ke atas Afghanistan & Iraq dilakukan secara unilateral, bercanggah dengan prinsip multilateral PBB.

Selagimana 5 kuasa besar (Big Five) di dalam Majlis Keselamatan PBB dibenarkan untuk dianugerahkan dengan kuasa VETO, sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh PBB boleh dibatalkan sewenang-wenangnya dengan kuasa tersebut.

Kuasa VETO tersebut perlu dihapuskan. Namun begitu, ia bukannya tugasan yang mudah. Idea untuk menghapuskan kuasa veto memerlukan pindaan terhadap Piagam PBB dan Piagam tersebut sangat rigid untuk dipinda atau disemak semula. Sebarang pindaan memerlukan persetujuan kesemua Big Five.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa usaha untuk menjadikan Majlis Keselamatan PBB ini lebih seimbang, demokratik dan efektif?

Pada Disember 2004, telah ditubuhkan UN-appointed High Level Panel on Threats, Challenges and Change. Sebuah panel yang dilantik oleh PBB dan panel tersebut mencadangkan idea untuk memperbesarkan keahlian Majlis Keselamatan PBB.

2 model 'enlargement' telah dicadangkan dan kedua-dua model adalah untuk menambah keahlian Majlis menjadi 24 negara anggota daripada 15 negara seperti sedia ada:

Model A - mencadangkan pertambahan 6 kerusi tetap tanpa veto + 3 lagi kerusi yang dipilih setiap 2 tahun sekali.

Model B - mencadangkan kategori baru 8 kerusi (boleh diperbaharui setiap 4 tahun sekali) + 1 kerusi (tidak boleh diperbaharui dan hanya untuk tempoh 2 tahun).

Namun dalam laporan Mac 2005 Setiausaha Agung PBB yang bertajuk "Enlarging Freedom", tidak dinyatakan langsung kecenderungan salah satu pilihan di antara kedua-dua model tersebut.

Secara kesimpulannya, saya tidak nampak masa depan reformasi struktur Majlis Keselamatan PBB ini kerana anggota tetap (Big Five) Majlis Keselamatan sedia ada boleh menyokong ataupun mem'veto' keputusan untuk merobah struktur sedia ada tersebut. Suatu tindakan kolektif seluruh negara dunia (selain BIG FIVE) perlu dilakukan untuk melakukan reformasi ini.

Pinggirkan BIG FIVE dalam hubungan diplomatik antarabangsa!

Ataupun sebagai jalan terakhir, tinggalkan BIG FIVE dan PBB! Kerana hakikatnya PBB adalah milik BIG FIVE bukan komuniti dunia.

Kita tubuhkan organisasi komuniti dunia yang holistik yang menghormati prinsip sovereignty, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Wallahua'lam.


Read more!

Wednesday, June 21, 2006

CRIMINALISE WAR. STOP WORLD WAR IV.


Saya pernah ditanya oleh seorang rakan ketika melihat poster mengenai World War IV, "World War IV? Bila masa pula World War III dah berlaku?"

Jom kita ke PWTC.

Dr. Earl Tilford, Professor of History and a Fellow at the right wing Foundation for the Defence of Democracies wrote in June 24, 2004:

“World War IV is a total war on a global scale. World War IV seems complex but keep in mind during World War III (the Cold War) while American forces fought North Vietnamese regulars and National Liberation Front (Vietcong) guerrillas in South Vietnam, we also fought the Pathet Lao in Laos and Khmer Rouge in Cambodia.

From Greece and Yugoslavia to Korea and Vietnam and the Caribbean and jungles of South America, the Cold War involved a large number of nations and groups. Nevertheless, it all came together as part of a struggle between competing worldviews.

The ‘War on Terror’ is no less complicated and similarly encompassing. Since it is an Information Age War in which knowledge is power. It is essential to understand who we fight and what they aim to achieve.

Our enemies are more than savage barbarians with a penchant for decapitating the innocent. They are integral to a concerted effort to redefine the world order.

This is World War IV. Forget the sleazy sickness of Abu Ghraib. Stop mouthing meaningless slogans like, ‘Bush Lied, Soldiers Died.’ Steel yourselves for a long bloody fight. This is a war we (the US) must not lose.”


Read more!

KL bandaraya ketiga paling biadap di dunia?

Headnote Zikri: Sepatutnya Reader's Digest menambah satu lagi skop penilaian mereka iaitu dengan menilai sikap pihak polis dalam melayan rakyat Malaysia yang berhimpun menuntut hak mereka sebagai rakyat.

(sumber: Malaysiakini.com)

Bandaraya Kuala Lumpur berada di tangga ketiga sebagai bandaraya paling biadap di dunia, demikian menurut satu kajiselidik yang dijalankan oleh sebuah majalah antarabangsa.

Kajiselidik itu dijalankan oleh majalah Reader's Digest di 35 bandar raya dunia itu dan disiarkan berulangkali oleh rangkaian berita CNN. Dalam kajiselidik tersebut, majalah berkenaan membuat rumusan mengenai tahap sopan santun atau biadapnya penduduk bandaraya berdasarkan kepada kesanggupan mereka membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali, membantu orang lain dan pekerja memberikan perkhidmatan dengan keramahan dan senyuman.

Mengulas laporan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil kajiselidik tersebut boleh dipertikaikan.

"Kita boleh mempertikaikan asas yang digunakan dalam kaji selidik tersebut sebab saya difahamkan ramai juga pelancong, apabila melawat Malaysia berkata, salah satu tarikannya ialah kerana kita bangsa yang sangat mesra dengan pelancong."

CNN siar berulangkali

Menurut laporan Bernama, di samping itu, kata Najib, hasil kajiselidik majalah Reader's Digest itu juga memberi kesan negatif kepada negara terutama apabila ia disiarkan rangkaian CNN berulang kali.

Namun begitu, Najib berkata, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa penilaian telah dibuat dan mereka perlu berusaha untuk menukar persepsi itu.

"Salah satu caranya adalah melalui Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan baru-baru ini," katanya.

Menjawab soalan, Najib bagaimanapun menolak kemungkinan wujudnya unsur "sabotaj" dalam kajiselidik itu yang turut kritikal terhadap Hong Kong dan Mumbai. Hasil kajiselidik itu meletakkan bandaraya New York sebagai bandaraya paling bersopan santun di dunia.


Read more!

Tuesday, June 20, 2006

"Jangan Bunuh 'audience' Anda!"

Setelah tidak menulis untuk beberapa lama di blog ini disebabkan kekangan komitmen di kampus, liat juga semangat saya untuk digugah semula mengepos komentar-komentar sosial saban hari yang berlaku di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Inilah sindrom yang perlu dijauhi dan dielakkan oleh setiap blogger yang menulis untuk tatapan umum bukannya catatan peribadi. Saya belum terfikir untuk menamakan sindrom ini (atau mungkin ianya telah dinamakan oleh orang lain). Natijahnya sindrom ini mampu mem'bunuh' audience (baca: pengunjung) weblog anda.

Jangan 'bunuh' audience anda! Kerap kali berkunjung namun masih belum dikemaskini akan membuatkan pengunjung setia ke weblog anda tidak lagi berminat berkunjung ke situ. Lebih malang apabila mereka telah pun melupakan alamat URL ke blog anda. Jaga-jaga!


Read more!

Thursday, June 08, 2006

Hari Hak Asasi Mahasiswa

DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006
SEMPENA HARI HAK ASASI MAHASISWA
Tarikh :
8 JUN 2006
Oleh :
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
Dan
GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR


Pada 8 Jun 2002 , setahun selepas penangkapan 7 orang mahasiswa yang turun ke jalanan untuk membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh kerajaan, kumpulam aktivis Mahasiswa telah mengisytiharkan 8 Jun sebagai hari Hak Asasi Mahasiswa Malaysia bagi merakamkan satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah perjuangan Mahasiswa Negara ini.

Hari ini, kami, SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) yang di anggotai oleh pelbagai pertubuhan Mahasiswa yang berlatarbelakangkan pelbagai ideology, kaum dan agama ingin mengisytiharkan pendirian dan tuntutan kami berkenaan dengan hak dan kebebasan Mahasiswa Negara ini sebagai agenda rakyat untuk mengecapi sebuah masyarakat yang demokratik dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Kami mendukungi prinsip saling menghormati dengan nilai hak asasi manusia sebagai nilai universal agar kebebasan individu untuk berorganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik terjamin. Kami percaya bahawa pegangan nilai ini akan menujum kea rah sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Kami melihat mahasiswa sebagai tunas pembangunan Negara yang memerlukan cahaya, air, udara dan tanah agar pertumjbuhan yang sempurna dan sihat dari segi luaran dan dalaman. Pendedahan kepada masyarakat luar kampus dan penerapan nilai unjiversal, khususnya hak dan kebebasan, penting dalam melahirkan generasi muda terpelajar yang berani memperjuangkan keadilan social dan demokrasi, serta menentang sebarang diskriminasi dan eksploitasi yang berlaku dalam masyarakat.

Namun begitu, Mahasiswa yang merupakan tunas pembangunan Negara telah terencat pertumbuhannya di bawah penindasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Antara perkara yang mencabuli hak Mahasiswa dalam AUKU adalah Seksyen 15 : Pelajar universiti dilarang bersekutu atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor ; dan Seksyen 15A: Pelajar universiti atau pertubuhan pelajar universiti dilarang menjalankan keghiatan penjanaan wang dana kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor.
Maka denga itu, kami, SMM dan GAMP melancarkan suatu deklarasi berhubung dengan tuntutan dab harapan demi mengembalikan semula hak-hak Mahasiswa yang dirampas serta menghidupkan kembali demokrasi kampus yang telah mati.
HAK-HAK MAHASISWA & DEMOKRASI
1. Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi memastikan pemugaran nilai-nilai intelektualisme terus subur di kalangan mahasiswa yang akhirnya melahirkan mahasiswa Malaysia yang berkualiti untuk menjadi pelapis kepemimpinan Negara.
2. Mengembalikan semula demokrasi kampus dan hak asasi Mahasiswa melalui pemberian ruang yang luas kepada mahasiswa untuk berpersatuan, bersuara dan berhimpun selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perkara 10 Perlembagaan Perkutuan.
3. Memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada universiti serta menolak campurtangan politik luar dalam pentadbiran kampus dan juga dalam urusan pilihanraya majlis perwakilan pelajar di semua kampus.
SOSIAL
4. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan berakhlak mulia yang bertunjangkan keluarga bahagia untuk merealisasikan integrasi nasional dengan sokongan pelbagai pihak.
5. Mengiktiraf peranan dan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting di dalam masyarakat Malaysia dalam menyuarakan pandangan, kritikan dan tuntutan dengan mewakili suara independen mahasiswa dan masyarakat di sekitarnya.
6. Melakukan Revolusi Pendidikan terhadap sistem dan dasar pendidikan Negara di semua tahap dan peringkat pengajian sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan iltizam untuk mencapai hasrat yang disasarkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
PENDIDIKAN
7. Menjamin hak setiap warganegara untuk mendapatkan pendidikan daripada sistem pendidikan yang rasmi selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
8. Menyediakan bantuan pendidikan yang menyeluruh kepada semua pelajar melalui skim biasiswa dan pinjaman yang fleksibel dan bebas daripada sistem riba� yang membebankan pelajar.
9. Menghentikan penswastaan pendidikan dengan menyedari dan menginsafi bahawan pendidikan bukanlah bahan komoditi untuk perdagangan dan keuntungan pihak-pihak berkepentingan.
10. Mengutamakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa akademik dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui mengembalikan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di dalam bahasa Ibunda.
EKONOMI & KEBAJIKAN
11. Membanteras krisis pengangguran mahasiswa secara efektif dan terancang dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan rombakan kurikulum universiti yang mampu meningkatkan mutu dan daya saing mahasiswa.
12. Membuat dan menggubal dasar-dasar Negara dengan mengambilkira soal kebajikan mahasiswa dalam pelbagai aspek termasuk kos sara hidup sepanjang pengajian di kampus.


DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006 ini disepakati oleh SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) dan turut dianggotai bersama :
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semennanjung ( GAMIS)
2. MMMalaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
6. Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
7. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I India (JKMI)
8. Students For Pro-Democracy (Pro-Dam)


Read more!

Thursday, June 01, 2006

Sistem Juri boleh sekat amalan rasuah di kalangan Hakim


(sumber: Malaysiakini.com)

Badan Kehakiman dicadang supaya mempertimbang memperkenalkan semula perbicaraan menggunakan juri dalam usaha menyekat amalan rasuah di kalangan hakim. Ketika mencadangkan demikian, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun berkata sistem juri – yang dihapuskan pada Februari 1995 – mungkin berkesan dalam menangani amalan rasuah atau salahguna kuasa di kalangan pegawai kehakiman.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penutupan di seminar mengenai "Mencegah Rasuah dalam Sistem Keadilan Jenayah", di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, tidak ada salahnya memperkenalkan semula sistem juri jika amalan hanya seorang (hakim) membuat keputusan tidak menyediakan langkah periksa dan imbang yang sempurna.

Idrus memberikan responnya terhadap kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam yang beliau ada menerima beberapa surat layang mengenai rasuah di kalangan hakim. Ahmad Fairuz juga berkata, beliau telah mengirim surat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan badan kehakiman supaya menjalankan siasatannya sendiri, tetapi tidak terdapat bukti andal.

Menurut laporan Bernama, Idrus juga mencadang dijalankan semula siasatan awal bagi menyokong sistem juri jika ia diperkenalkan semula. Perbicaraan penuh "Dalam siasatan awal, pendakwaraya akan mengemukakan bukti di mahkamah dan terpulang kepada majistret memutuskan sama ada terdapat cukup bukti untuk perbicaraan penuh atau sebaliknya," tambahnya.

Idrus berkata, beliau percaya ini lebih telus dan adil kepada semua yang terlibat dalam sesuatu kes daripada hanya menyalahkan pejabat peguam negara kerana tidak mendakwa seseorang individu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Idrus berkata adalah wajar kerajaan yang memerintah mengambil langkah melindungi sistem keadilan jenayah dari dicemari rasuah dan segala bentuk salahlaku. Menurutnya, sistem keadilan jenayah yang tercemar tidak saja melemahkan pentadbiran negara malah menggugat kewibawaan bangsa. "Jika ini berlaku, pembangunan akan menerima kesannya dan rakyat akan menghadapi kesengsaraan sosio-ekonomi yang tidak terperi," katanya.


Read more!

Monday, May 29, 2006

Tragedi Berdarah 28 Mei 2006


Ini sebahagian foto dari Malaysiakini.com yang diambil sebagai bukti kekejaman pihak polis dalam menangani perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik pada 28 Mei 2006 di KLCC.

Klik juga Protes Harga Minyak Naik di KLCC untuk melihat foto-foto lain.


Read more!