Cetusan Minda...: Harga petrol naik lagi!!

Friday, October 01, 2004

Harga petrol naik lagi!!

Ini artikel yang teman petik dari harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Kenaikan harga minyak seperti yang diumumkan dijangka akan menaikkan harga barangan keperluan dan rakyat bakal menjadi mangsa dalam situasi ini.Menurut Pengurus Komunikasi Korporat Fomca, Yusof Abdul Rahman, selalunya harga barang akan turut naik apabila sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak dan secara tidak langsung rakyat yang akan menjadi mangsa .


Katanya, apabila harga petrol naik secara tidak langsung kos pengangkutan juga turut naik.
"Kebanyakkan peniaga akan menaikkan harga barang disebabkan kos pengangkutan mereka naik seperti petrol, untuk mengelakkan kerugian mereka terpaksa menaikkan harga barang," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam sebagai langkah membantu pengguna daripada terus terbeban dengan kenaikkan petrol itu.
Tambahnya, mungkin pengguna akan kembali kepada pengangkutan awam apabila tidak mahu terlalu terbeban dengan kenaikkan minyak dan juga tol.
"Pengangkutan awam yang sedia ada perlu beroperasi sebaik mungkin sebagai pengangkutan alternatif kepada mereka yang tidak mampu berbelanja lebih," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Yusof juga berkata, kerajaan hendaklah menyediakan sistem alternatif untuk menggantikan petrol, iaitu 'Nature Gas Vehicle' (NGV) sebagaimana yang digunakan oleh sesetengah teksi di negara ini.
Ini kerana katanya, harga NGV ini jauh lebih murah daripada petrol iaitu kira-kira lima puluh sen seliter.
"Di samping itu kerajaan juga hendaklah memainkan peranan dengan mempromosikan NGv itu untuk mengelak pengguna menjadi mangsa bebanan kenaikkan harga petrol, bahkan banyak perkara lain yang perlu dibayar oleh pengguna, semuanya bakal ditanggung pengguna," jelasnya.
Katanya, melalui tindakan ini kerajaan boleh mengurangkan bebanan pengguna, kerana tidak mungkin berlakunya penurunan harga minyak sebaliknya mungkin akan mengalami kenaikan lagi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna dalam kenyataannya semalam berkata, harga runcit baru petrol premium RON97 ialah RM1.42 seliter di Semenanjung, RM1.40 di Sabah dan RM1.41 di Sarawak manakala RON92 dijual pada harga RM1.38 di seluruh negara.
Kali terakhir harga runcit produk petroleum di stesen minyak dinaikkan adalah pada Mei lalu iaitu sebanyak dua sen seliter.


Sehari sebelum kerajaan mengumumkan kenaikan harga tersebut, teman ada berbincang dengan seorang sahabat teman tentang political budget. Menurut sahabat tu, adalah menjadi kebiasaan setahun sebelum dan selepas pilihanraya umum, kerajaan akan membentangkan bajet yang memenangi hati rakyat.

Bermacam-macam penurunan dan pelepasan cukai dibuat. Tetapi dalam masa yang sama, kerajaan akan menaikkan cukai untuk perkara-perkara tertentu bagi menampung kadar cukai barang lain yang telah diturunkan.

Itu bab ekonomi.

Selepas ini tentu harga pelbagai jenis barang akan meningkat. Belanja teman mengisi minyak motor juga akan meningkat. Makanan kegemaran teman, roti canai, juga akan meningkat. Tiket bas KL-Teluk Intan tentunya tidak terkecuali. Semuanya kesan kenaikan harga petrol.

Teman terfikir sejenak...sumber petroleum utama dunia bukan di Amerika, bukan juga di Eropah. Tetapi di negara-negara Islam Asia Barat.

Teman mengeluh: "Ah, betapa bagusnya jika negara-negara 'Pak Arab' tu punya kuasa total ke atas hasil bumi mereka itu."

Tetapi realitinya tidak...

Jika ini menjadi kenyataan, sudah tentu kuasa dunia Islam boleh turut mengawal turun naik ekonomi dunia.

Oh, umatku...bangkitlah, sedarlah!!! Kembalikan kegemilangan Islam!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home