Cetusan Minda...: 'Daim yang Diam' - satu muhasabah diri

Saturday, December 18, 2004

'Daim yang Diam' - satu muhasabah diri

Teman baru sahaja khatam membaca biografi Daim yang Diam hasil karangan Fatini Yaacob. Sebenarnya sudah sekian lama Syahir bercerita pada teman tentang buku ini. Cuma sekarang baru teman ketemu dan sempat membacanya.

Kisah perjalanan hidup Tun Daim Zainuddin. Bekas Menteri Kewangan Malaysia. Beliau lulusan undang-undang.

Teman agak kagum dengan Tun Daim. Mana tidaknya, mengaji undang-undang di Lincolnn’s Inn, England hanya selama 2 tahun. Pada umur 21 tahun beliau telah menggenggam segulung ijazah.

Satu yang teman suka, impian beliau sama seperti teman, ingin jadi jutawan. Ketika masih belajar di England, Tun Daim menanam cita-cita dan impian untuk menjadi jutawan pada umur 35 tahun. Beliau bekerja keras untuk merealisasikan cita-citanya. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan yang majoritinya dikuasai bangsa Cina ternyata memeritkan. Namun segala usahanya berbaloi. Beliau berjaya menjadi jutawan pada usia 34 tahun. Projek perumahan Taman Maluri di Cheras adalah projek yang membawa kepada kejayaannya.

Kini, setelah tidak memegang jawatan dalam kerajaan, beliau kembali menumpukan perhatian kepada empayar perniagaannya. Pernah teman terbaca di akhbar tidak lama dulu tentang rangkaian banknya yang memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

Zikri: “Teman memang inspired apabila membaca biografi ini. 2 perkara yang boleh diteladani daripada Tun Daim: 1) Apa sahaja visi dan misi kita, perlu dipandu kedua-duanya dengan timeframe supaya matlamat kita jelas; 2) Usaha mesti selari dengan impian.

Ramai di kalangan kita yang punya impian menggunung tinggi. Namun usahanya tidak menunjukkan selari dengan impian tersebut.

Muhasabah sebentar dalam seminit dua...Kenalpasti impian dan cita-cita anda. Kemudian, renungkan pula usaha dan gerak kerja kita sekarang. Bandingkan kedua-duanya. Adakah usaha yang kita lakukan selama ini mencerminkan impian besar kita? Jika tidak, lakukan sesuatu!”


Wallahua'lam.

1 Comments:

At August 25, 2009, Anonymous Anonymous said...

salam,
blh sy tahu, bgaiaman utk dptkan buku daim yang diam? sy tlh mencari buku itu sekian lama. kalau tidak keberatan, boleh minta saudara photostat kan buku itu tak? sy akan bayar utk kos photostat dan postage.

harap minta bantuan saudar.

sila email kepada saya kara.trader@yahoo.com

sekian terima kasih:)

 

Post a Comment

<< Home