Cetusan Minda...: Kahwin tak jadi 1

Tuesday, December 21, 2004

Kahwin tak jadi 1

Berita ini teman petik daripada Berita Harian Online:




Gambar Norlida bersama Hasmawi ketika bertunang pada Julai 2003

KLUANG: Keluarga Norlida Abdul Rahman yang menanggung malu selepas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan gagal menghadirkan diri pada majlis perkahwinan di rumah mereka di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, di sini Sabtu lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Bapa Norlida, Abdul Rahman Mansor, 54, berkata beliau kini hanya menunggu pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, S Ramis hari ini untuk berbuat demikian.Beliau berkata, pelbagai pihak mencadangkan supaya menyaman Hasmawi kerana memalukan keluarganya dan menjejaskan maruahnya.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut bersimpati dan meminta Ramis menemui keluarga mereka petang ini.
Semalam, Berita Harian melaporkan Norlida terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pada saat akhir apabila Hasmawi memutuskan pertunangan mereka menerusi pesanan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan lalu berikutan kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara. Sementara itu, pelbagai pihak berpendapat Norlida boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut ganti dan saman malu ke atas pemain Hasmawi kerana membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Norlida hanya menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemuda itu Jumaat lalu.

Zikri: “Teman rujuk s. 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, tidak lupa juga s. 15 Undang-undang Keluarga Islam Johor 1990 yang masing-masing memperuntukkan bahawa:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak…dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab-sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan…dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan…untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan di Mahkamah.

Hasmawi tentu tidak menyangka keputusan dan tindakan yang diambilnya kini menjadi berita sensasi seantero Malaysia. Tetapi itulah hakikatnya.

Bagi teman, tidak adil sekiranya kita menyalahkan Hasmawi tanpa mendengar terlebih dahulu kenyataan daripada pihaknya. Teman yakin dan percaya Hasmawi telah memikirkan baik buruk tindakannya. Mungkin dia mempunyai sebab-sebab munasabah untuk membatalkan pertunangannya di saat-saat akhir.

Apa jua pandangan kita terhadap isu ini, sama-samalah kita nantikan perkembangannya.

Wallahua’lam.

2 Comments:

At July 24, 2005, Anonymous Anonymous said...

boleh taksuruh norlida hentikan benda2 ni...tak de faedahnya...benda dah jadi so nak buat camner lagi...dah jodoh dia dgn noraini takan nak paksa kalau tak suka kat dia lagi...lainlah kalau mawi dah rosakkan lida...patut pun di saman dan di dakwa...dah tak de jodoh terimalah seadanya. pada norlida cekal kan hati tu jangan di sbbkan mawi awk merana...lupakan dia cari yg lbh bagus daripada dia buktikan awk terlalu bahgia dgn org baru...biarlah mawi dan noraini dgn kehidupoan suami isteri yg tenang dan aman...ramai nak kat awak norlida ...pandai2lah cari yg sesuai utk dijadikan teman hidup

 
At January 18, 2006, Anonymous Anonymous said...

bagi aku tak hentikan pun takper. aku pun salah sorang dari mangsa awi cuma bezanya ida tunang dan aku awek. sebenarnya antara ain dgn awi bukan baru tp dah lama. akupun sedih kerana turut dipermain2kan dia. INILAH HAKIHATNYA... hngga kinni aku berdendam dengan lelaki kerana awi tipu aku. sanggup dia buat aku camtu...

 

Post a Comment

<< Home