Cetusan Minda...: Sembang bisnes stesen minyak

Wednesday, February 16, 2005

Sembang bisnes stesen minyak



Semalam, ketika lunch di café, sempat juga teman berbincang dengan Amer pasal bisnes. Bisnes minyak.

Menurut Amer, bapanya kini mengusahakan sebuah stesen minyak Caltex di Kuala Terengganu. Untung memang sangat lumayan. Bayangkan:

Jualan Petrol:
Keuntungan satu liter petrol = RM 0.08
Jualan petrol sehari = 10 000 liter
Maka, keuntungan sehari = RM 800
Keuntungan sebulan = RM 24 000

Jualan runcit Mart:
Untung kasar sehari = RM 700
Sebulan = RM 21 000

Jumlah besar = RM 45 000

Selepas ditolak beberapa kos relevan seperti gaji pekerja, elektrik, air, telefon dan sebagainya, keuntungan bersih bulanan adalah dalam RM 30 000.

Wah…sangat lumayan.

Teman pernah bercita-cita untuk buka stesen minyak di kampung teman. Teman juga pernah bercita-cita untuk membuka cyber café di kampung teman. Kedua-duanya masih tiada di kampung halaman teman. Teman target, dalam tempoh 5 tahun lagi. Maknanya pada tahun 2010 atau 2011. Insya-Allah.

Wallahua’lam.

1 Comments:

At February 16, 2005, Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah syabbas zikri..ummat ISLAM kene creative dalam berfikir. terutama berfikir tentang kaedah, cara, tindakan, usaha, untuk ummat ISLAM itu nampak dan sememangnya gah di mata dunia terutama di mata kafiriin. Gah di segala sudut baik ilmu, akhlak, tenaga mahupun ekonomi.

Teruskan zikri..

 

Post a Comment

<< Home