Cetusan Minda...: March 2005

Saturday, March 26, 2005

Jalan-jalan cari kerja

Seminggu dua ini bila membaca berita-berita di media cetak mahupun elektronik pastinya ada isu graduan menganggur.

Berita Harian hari ini melaporkan antara usaha kerajaan membantu graduan yang terlibat dengan pengangguran ialah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menawarkan jawatan yang lebih rendah daripada kelayakan graduan di samping menggiatkan semula Kursus Siswazah Menganggur.

Risau juga teman melihatkan keadaan ini. Tahun 2005, mengikut perangkaan sudah menjangkau 80 000 graduan menganggur. Tahun 2007 nanti pula bagaimana?

Namun pada itu, ada juga seorang sahabat di ofis yang begitu gembira pagi tadi. Dapat kerja part-time katanya. Gaji lumayan juga, mengajar anak-anak yatim di sebuah tempat. Tahniah Kak Ar. Ada rezeki lebih boleh belanja kami.

Petang tadi teman ke Pusat Perubatan Naluri, menziarahi seorang sahabat. Dalam perjalanan pulang, teman singgah sekejap mengisi minyak di stesen ProJet. Waktu membayar, ternampak satu iklan 'Jawatan Kosong' di situ. Ketika di Carrefour untuk membeli buah tangan tadi pun ternampak iklan 'Jawatan Kosong' di hypermarket tersebut.

Banyak lagi kerja rupanya. Tapi, yang banyak itu tidaklah setaraf dengan kelayakan seseorang graduan berijazah.

Apa tindakan kita?

Dalam ruang waktu singkat ini, teman hanya mampu untuk wujudkan link ..jalan-jalan cari kerja.. di Kutub Khanah teman. Moga-moga ia bermanfaat buat kalian.

Wallahua'lam.


Read more!

Thursday, March 24, 2005

Graduan wanita menganggur kerana tidak mahir berkomunikasi?

Teman petik artikel ini daripada Agenda Daily:

Ikut cakap Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn jumlahnya bukan sikit.Kalau lebih separuh yakni 65 peratus graduan wanita susah dapat kerja pasal kurang kuasai kemahiran berkomunikasi… ini memang berat .

Beliau memberitahu wartawan selepas satu acara di Nibong Tebal Ahad walaupun golongan wanita didapati mempunyai kelulusan lebih cemerlang dalam bidang akademik, namun tanpa memiliki kemahiran yang dinyatakan itu, mereka terpaksa menganggur.

Untuk baca lanjut, klik Ayat kena 'power'


Read more!

Wednesday, March 23, 2005

[Promosi Weblog] ...Lawati blog ini...

Teman difahamkan blog akhi teman ini baru dilahirkan semula, proses metamorfosisnya kian lengkap, bakal menggegarkan dunia blog dengan idea dan hujah tersendiri.

Lawati: >Astakona


Read more!

Thursday, March 10, 2005

10 hari lagi ... Mohon bercuti

Teman kini di ambang imtihan akhir. 10 hari lagi. Bermula 20 Mac ini sehingga 2 April. Persiapan akhir perlu dilakukan. Segala senjata dan kelengkapan kini berada di dalam proses persediaan intensif untuk ke medan. Strategi pula sedang dikemaskini.

Justeru, teman akan bercuti untuk sementara waktu daripada mengepos entry ke blog ini.

Doakan kejayaan teman.

Teman juga tidak lupa mendoakan kejayaan kalian semua.

All the best in your final exam.

Mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.


Read more!

Thursday, March 03, 2005

Kitakah pengganas?

Sewaktu teman sign in Yahoo Messenger tadi, teman terima satu mesej offline daripada ainul tentang sebuah laman web yang memperlekeh dan mengutuk Islam.

Geram teman. Tuduhnya Islam adalah pengganas. Kononnya Malaysia ialah negara pengganas. Muslimah bertudung dikatanya pengganas. Muslimin berserban juga dicopnya pengganas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati:
+TERRORIST HUNTERS

Apa reaksi dan tindakan kita? Hanya pasrah dan redha dengan tuduhan yang dilemparkan?


Read more!

Wednesday, March 02, 2005

Diesel pula naik 5 sen

Berkuatkuasa 1 Mac, kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel di seluruh negara.

Tahun lepas ketika petrol naik harga, teman membayangkan bahawa tiket bas Transnasional Kuala Lumpur-Teluk Intan pasti turut naik. Tetapi harganya masih kekal RM9.20 sehingga hujung Februari lalu. Alhamdulillah. Kemudian baru teman tersedar, bas bukannya menggunakan petrol sebagai bahan bakar.

1 Januari lalu, tol pula naik 10%. Namun, syukur kerana tambang pulang ke kampung kekal tidak berubah.

Kali ini diesel pula naik harga. Em...mungkinkah apa yang teman fikir selama ini akan benar-benar berlaku?

Wallahua'lam.


Read more!

Tuesday, March 01, 2005

Behind a great man, there must be a great woman

Teman 'curi' dari blog Dinaluzriq:

“Behind a great man, there must be a great woman"

Kata-kata ini menggambarkan betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan dan membentuk manusia yang hebat. Bagi mereka yang telah berkahwin, peranan sebagai isteri perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan seterusnya melahirkan generasi yang terbaik sebagai penyambung zuriat mereka.

Untuk baca lanjut, sila lawati blog Dinaluzriq


Read more!