Cetusan Minda...: April 2005

Saturday, April 30, 2005

Forum "Enforcing Public Morality"


Rabu (27/4/05) yang lepas teman menghadiri panel discussion & debate bertajuk "Enforcing Public Morality" di Hotel Le Meridien, KL Sentral anjuran bersama Liberal Forum Malaysia dan Sisters in Islam.

Entah mengapa teman excited sangat untuk pergi ke program tersebut. Lagi pula, sejak kes Jeslina Hashim yang lalu banyak pihak yang memberikan pandangan masing-masing berkaitan penguatkuasaan undang-undang ke atas perilaku moral individu. Kali ini teman berpeluang mendengar dan mentafsir sendiri pandangan dan hujah dari ketiga-tiga panelis dalam forum tersebut.

Tajuk perbincangan seperti teman katakan tadi adalah "Enforcing Public Morality". Walaupun terdapat sebahagian yang hadir menjangkakan isu moral yang dimaksudkan mencakupi pegangan semua agama, namun hujah-hujah yang diketengahkan lebih banyak memfokuskan terhadap Islam.

Zainah Anwar menjadi panelis pertama, tentunya tidak lari daripada memberikan pandangan dari kacamata seorang feminist. Teman masih teringat kata-kata beliau:

"jika seorang wanita muslim yang menyertai pertandingan ratu cantik didapati bersalah kerana kesalahan memakai bikini, mengapa lelaki muslim yang bertanding untuk merebut gelaran Mr. Universe yang hanya memakai trunk tidak bersalah?"

Panelis kedua, Dr. Param Cumaraswamy (Vice President, International Jurist Council) semacam agak membosankan hujahnya. Entah, no komen dari teman.

Yang pasti, bagi teman Dr. Siti Mariah Mahmud (Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS) was the best speaker pada hari itu. Lengkap dengan powerpoint presentation, hujah-hujah yang lebih terang, berjaya meyakinkan sebahagian besar hadirin dalam forum tersebut, dengan menjelaskan pelbagai persoalan yang dibangkitkan, meliputi masalah hukum Hudud, Enakmen Hukum Islam Terengganu (masalah takzir), persoalan akhlak, prinsip ketegasan Islam dan kebebasan mengamalkan agama bagi bukan Islam dan keresahan bukan Islam terhadap penguatkuasaan Syariah. Teman petik kata-katanya yang terpahat di ingatan teman:

"memang benar, enakmen berkaitan hukum hudud ditulis oleh manusia ... tetapi ianya adalah berlandaskan principles yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Undang-undang Islam tidak mendiskriminasikan sesiapa pun sebaliknya diskriminasi yang berlaku berpunca daripada penguatkuasaan dan penguatkuasaan dilakukan oleh manusia sendiri."

Em...namun teman tidak sempat menunggu sehingga sesi soal-jawab yang khabarnya lebih hangat ditambah dengan soalan-soalan berunsur provokatif. Teman pulang ke kampus selepas refreshment. Syabas Dr. Mariah.


Read more!

Saturday, April 23, 2005

Berakhirnya sengsara ISA 7









Klik HARAPAN Online


Read more!

Thursday, April 21, 2005

Salam Maulidur Rasul 1426H

Awal pagi lagi isyarat sms teman berbunyi. Mesej dari seorang sahabat:

Hayati sirah membentuk tamadun, pada Rasul s.a.w. contoh ikutan terbaik, moga terdidik hati, terbina sahsiah terpuji.. CINTAI BAGINDA, TERUSKAN PERJUANGAN!

Nabi Muhammad s.a.w. contoh ikutan terbaik. Cukup banyak perkara daripada Baginda yang boleh umat kini jadikan model ... sebagai Ketua Negara, ahli politik, pakar hubungan antara kaum, ahli perniagaan, pencetus kemajuan, ketua keluarga dan banyak lagi. Terlalu banyak.

Bersama-sama kita menjadikan Baginda sebagai role-model ke arah pembinaan individu muslim yang terbaik.


Read more!

Wednesday, April 20, 2005

Offline Message

Ketika akses yahoo massenger tadi, ada satu mesej offline dari seorang rafik.
Sila klik: http://www.ungro-p.com/t/t00013.swf


Read more!

Kembali

Teman kini kembali ke kampus setelah usai bercuti 10 hari di kampung. Berat rasanya hendak meninggalkan kampung halaman, sayu rasanya hendak memendekkan mimpi di rumah, sukar rasanya hendak beralih daripada masakan ibu.

Pastinya tanggungjawab yang sangat besar perlu teman pikul sepanjang semester pendek (di UM dipanggil Semester Khas) ini. Lagi pula teman perlu memangku kerja-kerja big boss di ofis sepanjang lebih kurang 2 bulan ini. MAGERAN...semoga Allah melancarkan perjalanannya, memudahkan segala kesukaran, merungkai segala kekusutan.

Rabbi yuassir wala tu'assir umurana.


Read more!