Cetusan Minda...: Sukarnya nak mengetuk pintu sensitiviti Muslim di Malaysia

Friday, June 03, 2005

Sukarnya nak mengetuk pintu sensitiviti Muslim di Malaysia

Hampir seminggu lepas, telah diadakan sebuah perhimpunan aman selepas solat Jumaat sebagai mengutuk tindakan tentera Amerika yang mengepam kitab suci al-Quran ke dalam lubang najis sepertimana yang dilaporkan majalah Newsweek. Ianya diadakan di hadapan kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.

Perhimpunan kali ini lebih hebat daripada siri perhimpunan-perhimpunan yang pernah diadakan sebelum daripada ini. Teman tak pergi, cuma mendengar laporan daripada rakan-rakan yang sempat menyertainya.

Seorang rakan memaklumkan, “Macam biasa, perhimpunan aman di jalanan tak sama dengan perhimpunan aman di Stadium Bukit Jalil. Di jalanan kita ‘dihiburkan’ dengan barisan FRU dan polis yang siap siaga untuk membalun orang ramai. Sebaliknya di Stadium Bukit Jalil kita dihiburkan dengan barisan artis terkenal yang menyanyi lagu-lagu keamanan. Maka tak hairanlah kalau 80 ribu ke 100 ribu orang membanjiri perhimpunan aman di Stadium Bukit Jalil, siap dapat t-shirt free lagi.”

Fikir teman, betul juga.

Bagi teman, sukarnya nak mengetuk pintu sensitiviti Muslim di Malaysia. Bila rakyatnya sedar, dikekang pula pihak berkuasa yang juga kebanyakannya Muslim. Pada hal, mereka hanya berhimpun secara aman.

Sepatutnya - rentetan isu menghina al-Quran ini - JAKIM mengeluarkan satu khutbah khas untuk semua masjid di Malaysia.

Sangat berkesan lagi, jika di setiap pagar luar masjid dipasang kain rentang mengutuk tindakan terkutuk tentera Amerika tersebut.

Biar mesej ini jelas disampaikan kepada semua lapisan Muslim di Malaysia.

Biar Muslim sedar bila mereka lemah dan tiada kuasa, mereka diperlakukan sedemikian oleh orang lain.

Tapi begitulah hakikatnya, bila ada golongan yang berkesedaran dan rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan Muslimin yang yang lain, akan ada halangan baginya. Sehingga kita merasakan, sukarnya nak mengetuk pintu sensitiviti Muslim di Malaysia terhadap agama mereka sendiri.

2 Comments:

At June 04, 2005, Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrh wbt...

Emmm...agaknya Kerj. M'sia dan sebhgn rakyatnya nak jaga sensitiviti kerj. n rakyat Amerika kot...


Firman-Nya bermaksud, "Dan perangilah mereka itu hingga tiada lagi fitnah dan (hingga) ketaatan itu hanya untuk Allah." (Surah Al-Baqarah, ayat 193).

 
At June 09, 2005, Blogger rakyat perak said...

Mungkin juga...

 

Post a Comment

<< Home