Cetusan Minda...: Kahwin tak jadi 2

Wednesday, December 22, 2004

Kahwin tak jadi 2

Akhbar-akhbar arus perdana hari ini masih lagi menjadikan kes Hasmawi Hassan sebagai antara berita utama.
Teman agak terkejut membaca berita tersebut hari ini. Norlida dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas Hasmawi melalui saman sivil di Mahkamah Tinggi Muar.
Tersasar daripada jangkaan teman.
Teman menjangkakan Norlida akan mengambil tindakan melalui Mahkamah Syariah seperti mana diperuntukkan Undang-undang Keluarga Islam Johor 1990 (rujuk Kahwin tak jadi 1).
Pada hemat teman, ada beberapa kemungkinan mengapa saman sivil yang menjadi pilihan Norlida:
1) Melalui seksyen 15 Undang-undang Keluarga Islam Johor, Norlida hanya layak untuk menuntut semula pemberian (nilai hadiah-hadiah hantaran) ketika pertunangan dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk tujuan perkahwinan. Itu sahaja. Noktah.
2) Ada kemungkinan Norlida tidak dapat menuntut semula haknya jika Hasmawi berjaya membuktikan tindakannya berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.
3) Bagi Norlida, yang penting sekarang ialah mengembalikan maruah dirinya dan keluarganya. Maka saman malu adalah salah satu cara terbaik untuk tujuan itu. Undang-undang Keluarga Islam tidak diperuntukkan bidang kuasa tersebut.
Insya-Allah teman akan cuba mendapatkan respons dan ulasan daripada beberapa ahli akademik di Fakulti teman tentang isu ini. Natijahnya nanti akan teman kongsi bersama sahabat-sahabat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home