Cetusan Minda...: 'Freeze'kan SEJUTA, Setiap tahun dapat 100,000

Thursday, February 17, 2005

'Freeze'kan SEJUTA, Setiap tahun dapat 100,000

Kenapa teman rasa cenderung untuk bercakap soal bisnes dan duit sejak akhir-akhir ini?

Teman jawab, "teman nak tanamkan kepercayaan kepada orang Melayu Islam bahawa mereka juga boleh jadi kaya-raya."

Amalkan sikap menabung; "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" betul?

Cuba bayangkan jika kita mula menabung dari sekarang. Menabung boleh di buat di bank - akaun simpanan tetap.

Tidak pun bagi mereka yang lebih 'advance' dalam soal ini, boleh melabur dalam unit trust. Untuk jangka masa panjang dan risiko yang sangat minima.

Ataupun bagi mereka yang punya duit banyak, inginkan keuntungan dalam jangka masa pendek dan berani menghadapi risiko tinggi boleh melabur dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (dulu Bursa Saham Kuala Lumpur).

Di sini teman ingin highlightkan, jika kita punya simpanan yang mencecah RM 1 Juta - freezekan dalam akaun - kita mampu untuk perolehi keuntungan tahunan RM 100 ribu ringgit. Anda boleh menabung di Tabung Haji misalnya. Dividen tahunan Tabung Haji agak tinggi juga, betul? Zakat harta kita juga diberekan.

Passive income ini lebih tinggi daripada gaji tahunan ibu bapa kita yang berpendapatan RM 5 ribu sebulan!

Itu sebab mengapa orang yang kaya terus kaya dan yang miskin terus melopong!

3 Comments:

At February 17, 2005, Anonymous Anonymous said...

"teman nak tanamkan kepercayaan kepada orang Melayu Islam bahawa mereka juga boleh jadi kaya-raya."

bravo zikri..bravo..pk bisnes..jgn tak pk..pk-pk bisnes utk ISLAM..bkn kemewahan diri sendiri tau

 
At February 17, 2005, Anonymous Anonymous said...

Maaf, nak tanya, tidakkah semua ini jenis riba-membungakan wang. Kalau saudara minta tolong A simpankan duit patutkah saudara mendapat lebih? Yang lebih itu apakah namanya...atas apa jua alasan kemajuan ekonomi hukum tetap tidak berubah. Nak kaya boleh,hukumnya mubah.

 
At February 18, 2005, Anonymous Anonymous said...

to anonymous,

itu bukan riba :)

betul, hukum tetap hukum. tetapi perlu diapply pada tempat yang betul.

RM 1 yang dikembangkan menjadi RM 10, bukanlah riba kalau kita gunakan konsep seperti mudharabah, amanah dan takaful.

-i'm called as pakdi-

 

Post a Comment

<< Home