Cetusan Minda...: July 2005

Wednesday, July 20, 2005

Jom tinjau KERAJAAN LANGIT Ayah Pin

Orang bercerita pasal Kerajaan Langit Ayah Pin. Orang tertanya-tanya jika telah sahih Ayah Pin menyebarkan ajaran sesat, mengapa tidak ditahan ISA sepertimana pernah dikenakan ke atas gerakan al-Arqam pimpinan Abuya Ashaari Muhammad suatu ketika dahulu.
Pelbagai spekulasi dan andaian timbul. Ada yang kata tindakan ISA tidak dikenakan kerana ajaran sesat Ayah Pin ini tidak menggugat kedudukan politik Kerajaan. Dan macam-macam lagi andaian orang.

Beberapa hari lalu teman berbual dengan Amin Idris dan seorang rakan ras Tionghua (kedua-duanya aktivis mahasiswa) di Petaling Jaya tentang Ayah Pin. Rakan Tionghua itu tidak bersetuju Ayah Pin ditahan ISA kerana melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Begitu juga saudara Amin Idris, beliau menentang detention without trial. Katanya lagi, ia bertentangan dengan prinsip Islam al-aslu baraatu zimmah (sesorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dirinya bersalah).
Mari kita tinjau gambar-gambar KERAJAAN LANGIT ini di Malaysiakini.com.


Read more!

Sunday, July 10, 2005

Konsultan Motivasi dan Kem Motivasi

Ketika teman di bangku sekolah menengah dahulu, kem motivasi bukanlah suatu perkara yang asing bagi teman. Sebelum UPSR, teman kena menghadiri kem motivasi. Ketika di tingkatan dua, wajib menghadiri kursus motivasi kepemimpinan. Tingkatan tiga – sebelum PMR – motivasi. Semasa tingkatan 5, motivasi pecutan terakhir SPM oleh Dr. Shukri Abdullah.

Itu motivasi yang official, belum campur motivasi ikhlas senior-senior di masjid sekolah di antara waktu senggang antara Maghrib dan Isya’.

Dari kecil sampai ke besar teman terlibat dengan motivasi. Dimotivasi dan memotivasi. Dan motivasi diri sendiri tidak pernah konsisten, maka walaupun kerap kali mendengar motivasi tetap tidak menjemukan.

Keadaan inilah menyebabkan orang boleh buat bisnes motivasi. Menjadi konsultan motivasi dan membuka kem-kem motivasi.

Teman bertemu dan berborak dengan seorang rakan baru-baru ini, dia bekas downline teman ketika terlibat dengan MLM (Multilevel Marketing) suatu ketika dahulu. Kini dia sudah menjadi seorang perunding latihan dan motivasi, mengasaskan sebuah konsultansi berdaftar, dan memiliki penjabat sendiri (walaupun menumpang premis orang lain). Dan ada 5-6 orang lagi kenalan teman seperti dia. Hebat.

Hishamuddin Rais pernah mencoret dalam kolum mingguannya:
Cuba kita renungkan sejenak, betulkah diri kita ini tidak memiliki motivasi sehinggakan perlu dimotivasikan oleh orang lain. Apa silapnya diri kita sehinggakan tidak ada daya upaya untuk melakukan sesuatu.
Itu pandangan Pak Hisham. Bagi teman, ini adalah peluang untuk menjana pendapatan. Sudah adatnya Melayu itu mudah lupa, perlu diperingatkan dan dimotivasikan selalu oleh orang lain. Justeru, manfaatkan kesempatan dan peluang yang ada sebaiknya. Untuk menjadi konsultan motivasi yang terbaik tentunya memerlukan latihan dan pendedahan yang luas.
Rakan teman tadi bermula dengan menjadi fasilitator di sebuah konsultan. Kemudian berjinak-jinak di lapangan summer camp Dr. Hassan Ali. Akhirnya mengorak langkah dengan yakin memiliki konsultan sendiri dan yang penting dia tidak lagi bekerja untuk kekayaan orang lain.
"Hendak seribu daya!"


Read more!

Sunday, July 03, 2005

6 bilik RM600?

Teman berbual dengan seorang sahabat beberapa hari lepas ketika lunch di sebuah café. Dia baru dilantik sebagai tenaga pengajar tetap di PERKIM, mengajar al-Quran kepada saudara-saudara baru.

Ketika menceritakan pengalaman barunya di PERKIM tiba-tiba dia beralih topik. Katanya, dia sedang mencari orang yang berminat untuk menyewa sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik dengan harga sewa hanya RM600 sebulan. Ada seorang pensyarah meminta tolong kepadanya.

Wow, teman terkejut. Masih ada lagi dalam KL rumah sewa yang berbilik 6 dengan harga sewa serendah itu. Menarik.

Teman tanya, “kenapa tidak hang sendiri yang menyewa rumah tu?”

Dia jawab soalan teman dengan pertanyaan, “Nak buat apa aku sewa, nak duduk kat rumah tu?”

“Hang boleh sewakan rumah tu kepada orang lain dengan harga lebih tinggi. Takpun, sewakan bilik-bilik dalam tu. Kalau 1 bilik RM200 sebulan, maka 6 bilik hang akan dapat RM1200, untung RM600.

Takpun, hang buat bisnes kat situ. Buka pusat tuisyen ke, kelas mengaji dan fardhu ‘ain ke. Tapi ambil masa lah untuk mendapatkan pulangan keuntungan,” teman mencadangkan kepada dia.

Semalam, ketika bertemu Pakdi, teman ceritakan hal ini kepada Pakdi. Em, Pakdi kata tengoklah kedudukan rumah itu dulu. Samada punya prospek perniagaan atau tidak.

Sekarang ini, teman akan jadi potential tenant untuk rumah itu.


Read more!