Cetusan Minda...: Bad Air Day II

Thursday, August 11, 2005

Bad Air Day II

Hari ini, Pelabuhan Kelang dan Kuala Selangor diisytiharkan darurat oleh kerajaan apabila IPU mencecah kadar 500. Di tempat teman IPU baru mencecah 264 setakat entry ini ditulis, masih belum lagi mencecah 300 (kategori Berbahaya).

Pak Lah kata, jika IPU mencecah 500, maka secara automatiknya diisytiharkan darurat. Tapi, bagi teman, baru sekadar IPU 264 ini pun dah cukup membuatkan teman rasa sesak bernafas, tekak terasa perit dan mula batuk-batuk. Inikan nak menanti mencecah IPU 500 baru hendak diisytiharkan darurat.

Pantauan yang teman buat, dalam masa jerebu ini, menguntungkan orang-orang yang mengambil kesempatan menjual topeng muka.

Topeng kain ini, kosnya hanya 20sen, dan dijual dengan harga 50sen.

Topeng yang agak keras ini pula, kosnya RM1.00, dan dijual dengan harga RM1.20.

Em, tapi teman mencari topeng-topeng ini. Menurut fakta, lebih terjamin selamat.


Baca:
1) Jerebu: PAS cadang kerajaan bagi topeng muka percuma
2) JEREBU; APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

1 Comments:

At August 18, 2005, Anonymous Anonymous said...

Topeng yang dicari zikri tu kegunaannya untuk menghalang gas2 beracun...mungkin jerebu di Malaysia belum sampai tahap memakai topeng gas...:)

 

Post a Comment

<< Home