Cetusan Minda...: January 2006

Thursday, January 19, 2006

10 Menteri bukan Islam hantar Memorandum kepada Pak Lah

Lebih kurang jam 3.00 petang, teman terima panggilan telefon daripada che nie, "Menteri kabinet dah hantar memo kepada Pak Lah?"

"Belum lagi, mereka masih mendraf," jawab teman ringkas.

Ahh...itu berita semalam. Malaysiakini hari ini melaporkan 10 orang menteri bukan Islam telah pun menghantar memorandum kepada Pak Lah. Mereka ialah:

Ong Ka Ting (MCA)
Chan Kong Choy (MCA)
Dr Fong Chan Onn (MCA)
Dr Chua Soi Lek (MCA)
Dr Lim Keng Yaik (Gerakan)
S. Samy Vellu (MIC)
Bernard Giluk Dompok (UPKO)
Dr Maximus Ongkili (PBS)
Leo Michael Toyad (PBB)
Peter Chin Fah Kui (SUPP)

Menurut Malaysiakini.com, perkara tersebut dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina – Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily – keluaran hari ini.

Menurut laporan itu, memorandum tersebut turut mencadangkan beberapa langkah, termasuk bagaimana hendak menguruskan masalah-masalah perundangan yang timbul selepas bukan Islam memeluk Islam.

Memorandum itu meminta supaya diperjelaskan kekeliruan dalam undang-udang masakini, terutama dalam soal mahkamah sivil tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah Syariah dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap hak dan kepentingan bukan Islam.

Memorandum itu juga menyentuh tentang keadaan apabila ada pasangan yang salah seorang daripadanya telah memeluk Islam tetapi tidak memaklumkan kepada pasangannya dan menimbul persoalan sama ada generasi keluarga itu seterusnya secara automatik telah bertukar agama kepada Islam.

Difahamkan bahawa memorandum ini dirangka oleh MCA dan dibincang dan dipersetujui oleh sepuluh orang menteri kabinet bukan Islam untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Difahamkan juga, MCA telahpun menghantar satu memorandum kepada kerajaan pada tahun lalu mengenai soal bukan Islam bertukar agama kepada Islam dan masalah yang timbul berikut daripada itu.


Read more!

Wednesday, January 18, 2006

Mereka menggila...kita?



Laporan berita malaysiakini.com - 13/01/2006




Teman menanti UMNO melakukan satu 'move' daripada pelbagai sayapnya berkenaan isu Artikel 121 (1A) - bidang kuasa mahkamah syariah jika benar UMNO mempertahankan Islam di negara ini.


Read more!

Tuesday, January 03, 2006

Catatan 2006; Bermula dengan kritikan terhadap Hishamuddin Rais

Teman mulakan lembaran tahun baru 2006 ini dengan kritikan terhadap Hishamuddin Rais atau teman lebih selesa memanggilnya Pak Hisham. Beliau menulis tentang 'Media dan Alternatif'.

Bagi beliau mengharapkan kebebasan media adalah ilusi yang merbahaya. Ianya lahir daripada cara pemikiran yang tidak tersusun hasil daripada daya fikrah yang tidak terdidik dengan ilmu falsafah. Kebebasan media sesuatu yang mustahil, umpama menanti tarikh 31 Februari.

Pak Hisham tegaskan, yang perlu kita perjuangkan adalah hak kebebasan semua untuk membuat akhbar, stesen tv dan stesen radio sendiri secara bebas tanpa sekatan.

Itu hujah Pak Hisham.

Teman agak kurang bersetuju dengan idea liberalnya itu. Jom klik untuk mengikuti artikel penuh Pak Hisham dan komen ringkas teman dan pengunjung-pengunjung lain terhadap idea Pak Hisham.


Read more!