Cetusan Minda...: Catatan 2006; Bermula dengan kritikan terhadap Hishamuddin Rais

Tuesday, January 03, 2006

Catatan 2006; Bermula dengan kritikan terhadap Hishamuddin Rais

Teman mulakan lembaran tahun baru 2006 ini dengan kritikan terhadap Hishamuddin Rais atau teman lebih selesa memanggilnya Pak Hisham. Beliau menulis tentang 'Media dan Alternatif'.

Bagi beliau mengharapkan kebebasan media adalah ilusi yang merbahaya. Ianya lahir daripada cara pemikiran yang tidak tersusun hasil daripada daya fikrah yang tidak terdidik dengan ilmu falsafah. Kebebasan media sesuatu yang mustahil, umpama menanti tarikh 31 Februari.

Pak Hisham tegaskan, yang perlu kita perjuangkan adalah hak kebebasan semua untuk membuat akhbar, stesen tv dan stesen radio sendiri secara bebas tanpa sekatan.

Itu hujah Pak Hisham.

Teman agak kurang bersetuju dengan idea liberalnya itu. Jom klik untuk mengikuti artikel penuh Pak Hisham dan komen ringkas teman dan pengunjung-pengunjung lain terhadap idea Pak Hisham.

1 Comments:

At February 02, 2006, Anonymous Anonymous said...

Idea yang dibawa oleh Pak Hisham itu idea orang yang TIDAK baca falsafah! Dia sendiri TIDAK baca falsafah! Apa? Kau fikir dia baca falsafah?

Bila kau [bukan kau, tuan punya blog; 'kau' = sesiapa sahaja, selain 'aku'] bodoh, Pak Hisham tipu kau, dan kau rasa dia hebat, bukan?

Lemahlah kau ini, isu kebebasan akhbar kau baca daripada Hishamuddin Rais yang di rumahnya pun tidak ada rak buku!

Kau pernah pergi rumah dia? Ada rak buku di rumah dia? Atau, berapa banyak masa dia habis baca di Internet (kononnya).

Malah, aku rasa selama kurang lebih 20 tahun di luar negara pun, dia tidak bergaul dengan pemikir besar atau dunia perbukuan. Dia hanya ikut beberapa kelompok aktivis, sebahagiannya aktivis kiri.

Pak Hisham ini simplistik orangnya dan akan jauh menyesatkan orang Malaysia yang membaca artikelnya.

Buat filem bolehlah sebab dia study filem tetapi bercakap pasal "kebebasan akhbar", lupakanlah Hisham.

Eh kawan, ini bukan idea Pak Hisham yang barulah. Sebelum dia masuk ISA pada 2001-03, dia dah menulis pasal ini. Kau pernah baca?

Ertinya, kau pun tidak tahu! Sebab itu kau tergempak dengan tulisannya yang terbaru ini.

Kau tanya aku apa yang aku faham tentang kebebasan akhbar dan aku dapat menghidu kebodohan Pak Hisham di sini?

Nanti, kalau tanya Pak Hisham, dia akan jawab, pergi ke www.google.com.my Faham?

 

Post a Comment

<< Home