Cetusan Minda...: 10 Menteri bukan Islam hantar Memorandum kepada Pak Lah

Thursday, January 19, 2006

10 Menteri bukan Islam hantar Memorandum kepada Pak Lah

Lebih kurang jam 3.00 petang, teman terima panggilan telefon daripada che nie, "Menteri kabinet dah hantar memo kepada Pak Lah?"

"Belum lagi, mereka masih mendraf," jawab teman ringkas.

Ahh...itu berita semalam. Malaysiakini hari ini melaporkan 10 orang menteri bukan Islam telah pun menghantar memorandum kepada Pak Lah. Mereka ialah:

Ong Ka Ting (MCA)
Chan Kong Choy (MCA)
Dr Fong Chan Onn (MCA)
Dr Chua Soi Lek (MCA)
Dr Lim Keng Yaik (Gerakan)
S. Samy Vellu (MIC)
Bernard Giluk Dompok (UPKO)
Dr Maximus Ongkili (PBS)
Leo Michael Toyad (PBB)
Peter Chin Fah Kui (SUPP)

Menurut Malaysiakini.com, perkara tersebut dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina – Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily – keluaran hari ini.

Menurut laporan itu, memorandum tersebut turut mencadangkan beberapa langkah, termasuk bagaimana hendak menguruskan masalah-masalah perundangan yang timbul selepas bukan Islam memeluk Islam.

Memorandum itu meminta supaya diperjelaskan kekeliruan dalam undang-udang masakini, terutama dalam soal mahkamah sivil tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah Syariah dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap hak dan kepentingan bukan Islam.

Memorandum itu juga menyentuh tentang keadaan apabila ada pasangan yang salah seorang daripadanya telah memeluk Islam tetapi tidak memaklumkan kepada pasangannya dan menimbul persoalan sama ada generasi keluarga itu seterusnya secara automatik telah bertukar agama kepada Islam.

Difahamkan bahawa memorandum ini dirangka oleh MCA dan dibincang dan dipersetujui oleh sepuluh orang menteri kabinet bukan Islam untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Difahamkan juga, MCA telahpun menghantar satu memorandum kepada kerajaan pada tahun lalu mengenai soal bukan Islam bertukar agama kepada Islam dan masalah yang timbul berikut daripada itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home