Cetusan Minda...: December 2004

Friday, December 31, 2004

Tsunami

Sedang teman membaca akhbar petang ini, tiba satu 'sms' dari seorang sahabat lama ketika sekolah menengah dulu:

Tsunami tanda janji Ilahi,
Jika dia menghendaki,
Sekelip mata boleh terjadi,
Mengapakah masih ramai belum sedar hakikat ini?
Bergembira seperti tiada apa yang terjadi.

Zikri: "Teman di kesempatan ini merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Yang pasti, sebagai Muslim, kita perlu menginsafi bahawa segala yang berlaku adalah perancangan Allah Rabbul Jalil sebagai pengajaran untuk hamba-hamba-Nya.

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya Malaysia akan menyambut tahun baru 2005 dalam keadaan penuh keinsafan.

Doa teman, semoga permulaan yang baik akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Semoga Malaysia dihindarkan Allah dari sebarang malapetaka. Amin."


Read more!

Wednesday, December 29, 2004

Jom pi ramai-ramai

Teman baru bersua dengan seorang sahabat sebentar tadi. Khabarnya ada satu website baru. Mahasiswanegara.net.

Teman kata pada dia, "Terima kasih kerana bagitahu, tapi aku dah lama linkkan website tu daripada weblog aku. Kau je yang tak perasan."

"Kali ni Mahasiswanegara.net berwajah baru," ujar sahabat itu lagi.

"Ye ke? Lama dah aku tak akses website tu. Takpe, nanti ada masa aku pi tengok. Aku dah lewat ni. Nak pi kelas. See you again," balas teman.

Jom pi ramai-ramai...Mahasiswanegara.net



Read more!

Saturday, December 25, 2004

Alahai Kerajaan Thai...



Gambar pelajar Sekolah Islam Nithiwit, Pattani dalam satu perarakan pakaian beragam inilah yang didakwa Thailand bukti kewujudan kem latihan pejuang pemisah Thai di utara Semenanjung Malaysia.- Gambar dirakam dari laman web akhbar Thai Rath
Sajak ke ni? Yang pastinya ungkapan kata-kata di bawah ini teman karang sebentar tadi :)
Alahai Kerajaan Thai...
Kanak-kanak sekolah dianggap pejuang pemisah.
Alahai Thaksin...
Tak habis-habis menyalahkan negara jiran,
Kerana ingin menutup aib sendiri.
Bukankah Thailand itu bermaksud 'tanah untuk orang Siam'?
Maka Muslim yang minoriti itu didiskriminasikan.
Alahai Kerajaan Thai...
Jika wilayah selatan itu dirasakan beban,
Bebaskan,
Jangan bermusuhan,
Jangan jadi Indonesia yang memerangi Acheh,
Jangan jadi Israel yang menyembelih Palestin.


Read more!

Mari lawat...

Mari...mari, lawati weblog sahabat ini:

sahabatsejati


Read more!

Thursday, December 23, 2004

Kebuluran menanti PTPTN

Kasihan teman melihat sahabat-sahabat peminjam PTPTN di kampus teman. Entah bilalah PTPTN nak masuk. Itu rungutan mereka.

Menanti wang PTPTN bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Umpama tiada harapan. Sehinggalah Dato' Menteri Pengajian Tinggi memberi due date kepada Perbadanan tersebut supaya menyelesaikan agihan mereka kepada mahasiswa (baca: peminjam) selewat-lewatnya Sabtu ini (25/12/2004).

Dengar sikit jeritan peminjam-peminjam PTPTN:
"Kami dah hampir kebuluran! Nak makan pun tak cukup duit."
"Kami tak dapat beli buku!"

Ini realiti. Ada seorang sahabat yang datang mengadu kepada teman, duitnya hanya tinggal 20 sen. Keadaannya amat kasihan sekali, makan pun tak menentu. Nasib baik ada kawan-kawan lain yang bersimpati meminjamkan duit.

Semoga pihak yang bertanggungjawab memahami keadaan ini. Peminjam-peminjam ini bukan semuanya dari keluarga berada. Bukan semuanya dari keluarga senang. Bukan semuanya punya ayah dan ibu.


Read more!

Wednesday, December 22, 2004

Kahwin tak jadi 2

Akhbar-akhbar arus perdana hari ini masih lagi menjadikan kes Hasmawi Hassan sebagai antara berita utama.
Teman agak terkejut membaca berita tersebut hari ini. Norlida dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas Hasmawi melalui saman sivil di Mahkamah Tinggi Muar.
Tersasar daripada jangkaan teman.
Teman menjangkakan Norlida akan mengambil tindakan melalui Mahkamah Syariah seperti mana diperuntukkan Undang-undang Keluarga Islam Johor 1990 (rujuk Kahwin tak jadi 1).
Pada hemat teman, ada beberapa kemungkinan mengapa saman sivil yang menjadi pilihan Norlida:
1) Melalui seksyen 15 Undang-undang Keluarga Islam Johor, Norlida hanya layak untuk menuntut semula pemberian (nilai hadiah-hadiah hantaran) ketika pertunangan dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk tujuan perkahwinan. Itu sahaja. Noktah.
2) Ada kemungkinan Norlida tidak dapat menuntut semula haknya jika Hasmawi berjaya membuktikan tindakannya berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.
3) Bagi Norlida, yang penting sekarang ialah mengembalikan maruah dirinya dan keluarganya. Maka saman malu adalah salah satu cara terbaik untuk tujuan itu. Undang-undang Keluarga Islam tidak diperuntukkan bidang kuasa tersebut.
Insya-Allah teman akan cuba mendapatkan respons dan ulasan daripada beberapa ahli akademik di Fakulti teman tentang isu ini. Natijahnya nanti akan teman kongsi bersama sahabat-sahabat.


Read more!

Tuesday, December 21, 2004

Kahwin tak jadi 1

Berita ini teman petik daripada Berita Harian Online:




Gambar Norlida bersama Hasmawi ketika bertunang pada Julai 2003

KLUANG: Keluarga Norlida Abdul Rahman yang menanggung malu selepas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan gagal menghadirkan diri pada majlis perkahwinan di rumah mereka di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, di sini Sabtu lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Bapa Norlida, Abdul Rahman Mansor, 54, berkata beliau kini hanya menunggu pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, S Ramis hari ini untuk berbuat demikian.Beliau berkata, pelbagai pihak mencadangkan supaya menyaman Hasmawi kerana memalukan keluarganya dan menjejaskan maruahnya.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut bersimpati dan meminta Ramis menemui keluarga mereka petang ini.
Semalam, Berita Harian melaporkan Norlida terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pada saat akhir apabila Hasmawi memutuskan pertunangan mereka menerusi pesanan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan lalu berikutan kad jemputan sudah diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara. Sementara itu, pelbagai pihak berpendapat Norlida boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut ganti dan saman malu ke atas pemain Hasmawi kerana membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Norlida hanya menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemuda itu Jumaat lalu.

Zikri: “Teman rujuk s. 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, tidak lupa juga s. 15 Undang-undang Keluarga Islam Johor 1990 yang masing-masing memperuntukkan bahawa:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak…dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab-sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan…dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan…untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan di Mahkamah.

Hasmawi tentu tidak menyangka keputusan dan tindakan yang diambilnya kini menjadi berita sensasi seantero Malaysia. Tetapi itulah hakikatnya.

Bagi teman, tidak adil sekiranya kita menyalahkan Hasmawi tanpa mendengar terlebih dahulu kenyataan daripada pihaknya. Teman yakin dan percaya Hasmawi telah memikirkan baik buruk tindakannya. Mungkin dia mempunyai sebab-sebab munasabah untuk membatalkan pertunangannya di saat-saat akhir.

Apa jua pandangan kita terhadap isu ini, sama-samalah kita nantikan perkembangannya.

Wallahua’lam.


Read more!

Saturday, December 18, 2004

'Daim yang Diam' - satu muhasabah diri

Teman baru sahaja khatam membaca biografi Daim yang Diam hasil karangan Fatini Yaacob. Sebenarnya sudah sekian lama Syahir bercerita pada teman tentang buku ini. Cuma sekarang baru teman ketemu dan sempat membacanya.

Kisah perjalanan hidup Tun Daim Zainuddin. Bekas Menteri Kewangan Malaysia. Beliau lulusan undang-undang.

Teman agak kagum dengan Tun Daim. Mana tidaknya, mengaji undang-undang di Lincolnn’s Inn, England hanya selama 2 tahun. Pada umur 21 tahun beliau telah menggenggam segulung ijazah.

Satu yang teman suka, impian beliau sama seperti teman, ingin jadi jutawan. Ketika masih belajar di England, Tun Daim menanam cita-cita dan impian untuk menjadi jutawan pada umur 35 tahun. Beliau bekerja keras untuk merealisasikan cita-citanya. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan yang majoritinya dikuasai bangsa Cina ternyata memeritkan. Namun segala usahanya berbaloi. Beliau berjaya menjadi jutawan pada usia 34 tahun. Projek perumahan Taman Maluri di Cheras adalah projek yang membawa kepada kejayaannya.

Kini, setelah tidak memegang jawatan dalam kerajaan, beliau kembali menumpukan perhatian kepada empayar perniagaannya. Pernah teman terbaca di akhbar tidak lama dulu tentang rangkaian banknya yang memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

Zikri: “Teman memang inspired apabila membaca biografi ini. 2 perkara yang boleh diteladani daripada Tun Daim: 1) Apa sahaja visi dan misi kita, perlu dipandu kedua-duanya dengan timeframe supaya matlamat kita jelas; 2) Usaha mesti selari dengan impian.

Ramai di kalangan kita yang punya impian menggunung tinggi. Namun usahanya tidak menunjukkan selari dengan impian tersebut.

Muhasabah sebentar dalam seminit dua...Kenalpasti impian dan cita-cita anda. Kemudian, renungkan pula usaha dan gerak kerja kita sekarang. Bandingkan kedua-duanya. Adakah usaha yang kita lakukan selama ini mencerminkan impian besar kita? Jika tidak, lakukan sesuatu!”


Wallahua'lam.


Read more!

Monday, December 06, 2004

Pengumuman lagi...

Tak lama lagi akan diadakan Seminar Kebebasan Agama & Isu-isu Murtad anjuran Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Tarikh: 16/12/2004
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat: Mahkamah Mut, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

Antara panelis yang akan membentangkan kertas kerja pada seminar tersebut ialah Prof. Dr. Abd. Aziz Bari.


Read more!