Cetusan Minda...: February 2006

Tuesday, February 28, 2006

"Political Cycle" in Economic Literature

Ini pula e-mel yang teman terima daripada Syahir:

Sempat ke rush isi mnyak smlm?

No hint at all, tau2 umum je. Kita duk fokus isu shah alam banjir (dulu duk
blame kelantan takde sistem perparitan yg baik. Lepas kedah perlis bnjir,
ni KL plak, kalah bnjir kelantan), tiba2 dpt sms kata naik harga minyak
pula.

Kalau mnyak naik harga, expect others to follow suit la, everything.
Interest rate also expected to increase, thus inflation is heading loh, the
'cost-push' inflation.

In economic literature, there is a concept called 'political
cycle'
, in which govt will cut tax + increase spending one year b4
election, followed by inflation for few years, then another generous cut tax +
increase govt spending one year before election, as the citizen
normally will forget the suffer they had for few years, as replaced with a
complecent one year that they have during the elction year.

govt gave a lot of reason i.e world price increase, higher subsidy,
development budget, and no increase till year end (another 9 month only), still
the issue is the management of country's wealth. kalau nk tau la, tiap kali
mnyak naik harga, petronas wajib untung besar. Shell, Esso, BP ni sbg
operator mnyak di malaysia, Petronas is the owner, ada la dia pnya calculation
bg untung petronas.

Ofis mate pesan, 'syahir, dont buy car la, we all go by bicycle after
this'. election sarawak pun dah dekat, masing2 duk marah govt. MAS pun nak naik
harga, lg la diorg marah. Siap sorang tu kata 'u nnt balik kelantan, vote Nik
Aziz, PakLah xleh pkai' kita gelak je la.

I believe semua rakyat marah, but tengok la lama mana it's
burning.


Read more!

Seloka Rakyat Marhaen tentang kenaikan harga minyak

Teman terima e-mel daripada Nurul Islam:

Minyak Naik Lagi 30 sen hari ni
Biarkan , Biarkan :-)

Tambang bas dah naik
Biarkan , Biarkan :-)

Tarif elektrik nak naik
Biarkan , Biarkan :-)

Rumah kita banjir
Biarkan , Biarkan :-)

Anak-anak ramai tak sekolah
Biarkan , Biarkan :-)

Cukai tanah banyak negeri dah naik
Biarkan , Biarkan :-)

Apa nak kecoh kecoh
Zaman Jepun dulu lagi susah
Makan ubi kayu , minum air perigi
Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura dan Filipina
Biarkan , Biarkan :-)
Boleh Naik Lagi :-)


Read more!

Sunday, February 26, 2006

Teman akur dengan amaran...


Sebelum ini teman pernah memasukkan entry bertajuk 'Susahnya nak mengetuk sensitiviti Muslim di Malaysia' berkaitan isu kartun menghina Rasulullah.

Teman selitkan sekali kartun tersebut yang telah diedit dengan memasukkan klausa niat untuk menyedarkan Muslim yang lain.


Namun begitu, teman terpaksa memadam entry tersebut, sebagai akur dan mematuhi amaran Kerajaan supaya tidak menyiarkan kartun tersebut di Internet.

Baru-baru ini teman mengulas tentang isu ini di dalam satu slot ceramah teman. Terutama tentang keputusan Kerajaan memaafkan tindakan NST yang menyiarkan kartun tersebut.

Nampak double standard. Sarawak Tribune digantung lesen. Sebaliknya NST langsung tidak dikenakan tindakan. Walhal, coverage pembaca NST lebih besar, berkali-kali ganda besar daripada Sarawak Tribune.

Mengapa? Adakah kerana Kerajaan mempunyai kepentingan terhadap NST? (hanya bertanya)

Mengapa Kerajaan pula yang bertindak mengadili dan menghukum sedangkan kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia yang mengawal sebarang sebaran di Internet?

Menurut Akta tersebut, "that anyone found to have posted or distributed materials containing pornographic elements, humiliating, degrading or damaging the reputation of any party was liable to a maximum fine of RM50,000 or jailed for not less than a year, or both, upon conviction. If they’re convicted and they’re found to have repeated the offence, they will be fined RM1,000 a day for posting or distributing through the Internet."


Read more!

Friday, February 10, 2006

Kenal Rahim King?



Teman pernah bersua dan berurusan dengan Rahim King ketika berada di tingkatan 5 dahulu. Beliau menguruskan sebuah kem di Sungkai, Perak. Berdekatan dengan sekolah menengah teman dulu.

Sejak bertemu beliau, teman mula pasang impian untuk memiliki sekeping tanah di tempat-tempat strategik seperti di hutan lipur untuk membuka kem latihan.

Siapa dia Rahim King? Klik untuk kenali lebih lanjut. Kali terakhir teman bertemu beliau, 6 tahun lalu.


Read more!

Thursday, February 09, 2006

Trend orang KL: Tak solat Jumaat, it's ok!

Jika anda ke Kuala Lumpur, ketika waktu hampir dengan solat Jumaat, usah terkejut jika melihatkan ramai lelaki Melayu yang tidak solat Jumaat.

Jika anda lelaki, solat sahaja di Masjid Jamek, KL. Solat di bahagian luar pagar untuk melihat keadaan tersebut.

Jika anda seorang wanita, kunjung sahaja ke shopping complex ataupun kedai makan di kala waktu solat Jumaat. Pasti kelihatan fenomena ini.

Pensyarah teman, Puan Shukriah juga pernah merungut. Katanya, di law firm tempat dia bekerja dulu tidak disediakan musolla hanya kerana rakan kongsi (lelaki Melayu) firma guaman tersebut tidak solat Jumaat. Masih sibuk di ofis ketika orang lain bergegas ke masjid.

Itu cerita orang KL. Di Perlis, individu yang tidak solat Jumaat akan dipulau. Klik untuk baca lanjut.


Read more!

Thursday, February 02, 2006

Tak perlu rujuk Malaysian Court Form

Lazimnya jika diberi tugasan drafting dalam subjek Civil Procedure, teman perlu rujuk Malaysian Court Forms untuk mendapatkan sampel bagi sesuatu pleading.

Tapi selepas ini, jika diberi tugasan untuk menyediakan writ saman bagi kes fitnah, teman sudah ada contoh yang terbaik.

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPURDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA(BAHAGIAN SIVIL)
GUAMAN SIVIL NO:

ANTARA
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PLAINTIF)
DAN
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD (DEFENDAN)

WRIT SAMAN
“YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO’ SITI NORMA BINTI YAAKOB,P.S.M., D.S.N.S., J.S.M., HAKIM BESAR MALAYA ATAS NAMADAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG”

Kepada :
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION
NO. 1, JALAN P8H, PRECINT 8
62250 PUTRAJAYA

KAMI PERINTAHKAN KAMU bahawa dalam tempoh lapan (8) hari selepas penyampaian Writ ini ke atas kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam kausa atau guaman dan ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan pelaksanaan.

DISAKSIKAN OLEH ……………………………………………….., Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Malaya pada 27 haribulan Januari 2006.

…………………… ..……………………………..
Peguamcara Plaintif Timbalan PendaftarMahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur


Read more!