Cetusan Minda...: Trend orang KL: Tak solat Jumaat, it's ok!

Thursday, February 09, 2006

Trend orang KL: Tak solat Jumaat, it's ok!

Jika anda ke Kuala Lumpur, ketika waktu hampir dengan solat Jumaat, usah terkejut jika melihatkan ramai lelaki Melayu yang tidak solat Jumaat.

Jika anda lelaki, solat sahaja di Masjid Jamek, KL. Solat di bahagian luar pagar untuk melihat keadaan tersebut.

Jika anda seorang wanita, kunjung sahaja ke shopping complex ataupun kedai makan di kala waktu solat Jumaat. Pasti kelihatan fenomena ini.

Pensyarah teman, Puan Shukriah juga pernah merungut. Katanya, di law firm tempat dia bekerja dulu tidak disediakan musolla hanya kerana rakan kongsi (lelaki Melayu) firma guaman tersebut tidak solat Jumaat. Masih sibuk di ofis ketika orang lain bergegas ke masjid.

Itu cerita orang KL. Di Perlis, individu yang tidak solat Jumaat akan dipulau. Klik untuk baca lanjut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home