Cetusan Minda...: May 2006

Monday, May 29, 2006

Tragedi Berdarah 28 Mei 2006


Ini sebahagian foto dari Malaysiakini.com yang diambil sebagai bukti kekejaman pihak polis dalam menangani perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik pada 28 Mei 2006 di KLCC.

Klik juga Protes Harga Minyak Naik di KLCC untuk melihat foto-foto lain.


Read more!

Sunday, May 28, 2006

Majlis perkahwinan biar sederhana & mematuhi syariat

Saya masih lagi dalam mood ceria meraikan pernikahan sepupu saya yang paling rapat tengahari tadi. Maka saya memetik artikel ini daripada pojok rencana Berita Minggu hari ini.

APABILA sepasang anak muda selamat diijabkabulkan, maka menangislah syaitan. Itulah antara kalimah yang sering kita dengar setiap kali berlangsungnya perkahwinan.

Tetapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di situ atau berlarutan hingga tamatnya majlis berkenaan? Hanya Tuhan saja yang mengetahui dan semuanya bergantung kepada majlis yang kita laksanakan.

Sempena cuti persekolahan mulai minggu ini, biasanya ramai pasangan anak muda merancang untuk diijabkabulkan. Bagi mereka, musim cuti itu masa paling sesuai memastikan saudara mara dan sahabat handai berkumpul untuk sama-sama meraikan majlis mereka.

Tentunya, yang paling sibuk ialah ibu bapa pasangan pengantin. Mereka membuat pelbagai persediaan untuk memastikan majlis anak mereka itu menjadi majlis paling hebat dan tidak ada cacat celanya. Untuk itu, tidak dinafikan majlis perkahwinan anak mereka kan dibuat dengan penuh meriah dan ada pula secara besar-besaran.

Mereka tidak peduli soal wang. Kalau anak tidak cukup simpanan, pelbagai cara mereka lakukan dan ada antaranya meminta anak mereka membuat pinjaman bank atau koperasi. Yang penting, majlis itu mesti diadakan. Harga minyak yang naik baru-baru ini dan tarif elektrik pada Jun ini, yang memberi kesan kepada kenaikan harga barang keperluan, tidak dipedulikan. Bagi mereka itulah sekali seumur hidup untuk anak mereka.

Memang diakui mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah, hukumnya sunat dan mendapat pahala. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk kita membazir atau bersuka-suka. Yang penting, mendapatkan keberkatan-Nya.

Majlis perkahwinan sebenarnya boleh mendatangkan berkat apabila suasana keberkatan itu dijaga sungguh-sungguh, iaitu dengan menjaga batas syariat seperti tidak melakukan pembaziran.Oleh itu amat sesuai kalau kita berusaha berjimat dalam keadaan ekonomi sekarang. Untuk berjimat, mungkin kita tidak perlu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti di hotel atau dewan masyarakat yang diserikan pelbagai acara istimewa, iaitu muzik dan tarian.

Begitu juga kita tidak perlu mengadakan persandingan yang selama ini dianggap sebagai sesuatu yang wajib oleh sesetengah ibu bapa. Kita perlu sedar, setiap persandingan memerlukan kos yang tinggi, berbanding jika kita hanya mengadakan kenduri. Bagaimanapun, kita tetap mengadakannya kerana ingin menjaga status atau imej kita. Kita mahu anak kita bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan di tepinya diletakkan pulut kuning, pulut manis dan bunga telur walaupun ia sebenarnya hanya satu budaya yang berasal daripada pengaruh Hindu. Kita juga mengundang pemuzik yang kononnya untuk meraikan pasangan pengantin baru.

Akhirnya kita terjebak pelbagai perkara mungkar kerana majlis perkahwinan anak kita itu dicemari dengan sesuatu yang melalaikan. Majlis yang sepatutnya syaitan menjerit dan menangis, bertukar kepada syaitan ketawa dan gembira kerana menganjurkan upacara karut dan sesat. Renungkanlah.


Read more!

Friday, May 26, 2006

Hari Pengiktirafan untuk Pelajar


Lebih kurang jam 6.00 petang, saya menerima sms daripada sahabat saya saudara Ali Bukhari, seorang penulis muda tentang artikelnya di Utusan hari ini. Cetusan idea beliau supaya diiktiraf peranan dan kedudukan golongan pelajar di negara ini dengan diwujudkan Hari Pelajar sepertimana Hari Guru, Hari Polis dan pelbagai lagi hari khas yang wujud di Malaysia.

Apa yang tiada di negara kita hari ini ialah Hari Pelajar. Walhal, Perdana Menteri, Menteri-menteri, usahawan, teknokrat, pensyarah dan ramai lagi kelompok masyarakat di Malaysia pernah melalui zaman mereka sebagai pelajar.

Untuk baca lanjut, klik Hari Khas Iktiraf Peranan Pelajar.


Read more!

Thursday, May 25, 2006

Yang dimusuhi ialah Islam

Oleh; Penarik Beca

Sampai hari ini, gerombolan yang memusuhi Islam terus mengutuk 500 umat Islam yang berdemonstrasi 14 Mei lalu membantah forum umum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua'. Mereka tidak puas melanyak dan mendebik walaupun mereka yang berdemonstrasi itu tidak takut apa pun jua kutukan makhluk-makhluk lain yang kini mahu berkeliaran ke seluruh negara - menyalak dan menunjuk bagak.

Memang mereka tidak takut. Peduli apa kata dan nista sesiapa pun!

Memang, jangan dipedulikan kata dan lagak bijak sesiapapun kerana forum mereka sebenarnya hendak dijadikan medan 'cakaplah apa nak cakap' mengenai pertembungan undang-undang sivil dan syariah. Kononnya atas nama demokrasi dan berbincang secara rasional.

Kalau atas nama demokrasi, tamadun dan perbincangan rasional awak boleh perlekeh agama saya, bolehkah saya juga perlekeh agama awak dengan alasan yang sama?!

Dan, apabila diberitahu Aliran dan kumpulan yang menamakan diri mereka Article 11 menjadi penganjur forum itu, nampak sangat Inter Faith Council (IFC) sedang memakai topeng jarang. Article 11 adalah gerombolan yang sama dengan IFC. Memang pun, antara 13 NGO yang menganggotainya termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM).

Jurucakap forum itu, Haris Ibrahim memberitahu, forum yang dihadiri lebih 200 orang itu mahu membincangkan mengenai Perkara 121 (A), dan bukannya membincangkan mengenai penubuhan IFC.

Alahai Haris, bukan orang tak tahu, Suruhanjaya Antara Agama (IRC) apalagi IFC tak ada maknanya lagi apabila tiba-tiba tercetus kes Sarjan M. Moorthy dan datanglah idea bahawa Perkara 121 (A) adalah budak belasahan yang lebih sedap dan lazat untuk didebik-debik.
Bukan orang tak tahu, walaupun berbincang mengenai Perkara 121 (A) dan bukannya mengenai penubuhan IFC, sasaran utama yang hendak disembelih sepuas-puasnya tetap satu; Islam.

Tidak pedulilah walaupun Suhakam pernah menyatakan perkara 121 (1A) tidak perlu dipinda kerana ia tidak melanggar hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suhakam waktu itu, Datuk Hamdan Adnan berkata, Suhakam berpendapat artikel berkenaaan tidak perlu dipinda asalkan hakim mentafsir artikel berkenaan mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak peduli. Mereka tetap menggila konon atas nama perbincangan rasional, entah apa-apalah racau siut mereka.

Tidak kira apa dan seelok mana hiasan kata-kata yang cuba menyembunyikan apa yang hendak disembunyikan, mangsa muktamad yang hendak dicincang lumat tetap sama - Islam.

Samalah seperti kata-kata Lim Kit Siang dahulu bahawa dia bukan anti-Islam, dia hanya menolak negara Islam. Pada Lim, mungkin ada bezanya. Tetapi pada kami, tak ada bezanya. Sekadar permainan subjek dan predikat sahaja.

Sebab itulah, apa pun siapa nak kata kami peduli apa! Kami tetap memandangnya sebagai perang terhadap Islam. Islamlah yang sebenarnya awak perangi walau sehebat mana pun awak bermain kata untuk menafikannya. Berdalihlah selincah putar belit awak. Kami tak percaya. Noktah!

Namun, yang sakit dan meluat sungguh mata melihatnya ialah apabila ada otak terencat yang menulis untuk membela kerja-kerja memerangi Islam itu dengan menggunakan ajaran Islam apabila memperalatkan firman Allah, "Tiada paksaan dalam agama" (Surah al-Baqarah: 256). Diulang tayang lagi kebodohannya yang terbodoh.

Alangkah tak malunya si terencat akal itu. Dia bodoh, tak kisahlah tu. Yang jeleknya, ditayang-tayangkan pula kebodohannya di dada akhbar supaya satu Malaysia malah seluruh dunia boleh melihat kebodohannya yang teramat bangang.

Ketika orang bukan Islam pun ramai dah tahu bahawa "Tiada paksaan dalam agama" bermaksud orang-orang bukan Islam tidak dipaksa memeluk Islam, dia masih lagi merapu dengan fahaman yang sudah berkali-kali dimuziumkan dan bangga sungguh dia dengan kebodohannya - bukan senang hendak mencari orang yang riak dengan kebodohannya.
Budak-budak pun tahu, kalau tak sembahyang berdosa; tak puasa berdosa; tak bayar zakat atau fitrah berdosa dan kalau mampu, tak pergi mengerjakan haji berdosa. Kalau tak buat dihukum berdosa, apa lagi namanya kalau bukan paksaan?

Bukan sahaja paksaan dalam solat, puasa dan perkara-perkara wajib yang lain, malah diberi amaran pula; dari Ibnu Abbas r.a., "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad). Kalau sampai diancam hukuman bunuh, adakah bukan paksaan? (Kepada hati yang liar dari Tuhan, memanglah itu ayat amaran dan paksaan tetapi kepada yang dekat hatinya dengan Tuhan, ia bagai ucapan kasih sayang; seperti isteri yang penuh cinta memberi amaran kepada suaminya, "Kalau abang tinggalkan saya, saya akan bunuh abang!")

Dan apabila diperintahkan "hendaklah kamu membunuhnya," bukankah ia bermakna perlu ada pihak berkuasa di dunia ini yang disepakati alim dan adil untuk melaksanakan perintah "hendaklah kamu membunuhnya"? Tak mungkin perlaksanaan "hendaklah kamu membunuhnya" itu di alam kubur atau di Padang Mahsyar. Pada waktu itu, seronoklah si jahat kalau ia dibunuh sedangkan ia perlu hidup untuk menerima hukuman.

Sudahlah, jangan diwayangkan betapa bengapnya awak. Janganlah tulis kononnya Pak Arab itu dan Mak Arab ini cakap begitu dan begini. Siapa mahu tahu Pak Arab dan Mak Arab mana!? Orang mahu tahu ayat al-Quran atau Hadis yang mana, kalau kamu orang yang benar.
Janganlah merapu dengan dalih-dalih yang plastik!


Read more!

Monday, May 22, 2006

Mengapa kita tolak IFC


1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.

• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.

• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja • Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad • Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’.

Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

• Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

6. Apakah sikap PM dan menteri?

Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.Here is the beginning of my post.


Read more!

Saturday, May 20, 2006

RED BOOK - KNOW YOUR RIGHTS


1. Apa yang perlu saya lakukan apabila diberhentikan oleh Polis?
2. Bagaimana pula jika saya disoal oleh Polis?
3. Apakah tindakan yang perlu saya ambil jika ditahan?
4. Adakah hak-hak saya dijamin ketika berada di dalam tahanan Polis?

Dapatkan jawapan-jawapan tersebut di dalam RED BOOK - KNOW YOUR RIGHTS terbitan Majlis Peguam Malaysia.


Read more!

Thursday, May 11, 2006

Pak Lah bersandiwara dengan gagasan Pelan Integriti Nasional?

Sebelum baca entry di bawah, lihat dulu 5 sasaran yang diletakkan dalam Pelan Integriti Nasional yang digagaskan oleh Pak Lah tidak lama dulu:

i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan;

iii. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. memantapkan institusi keluarga; dan

v. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Lihat pula, ulasan berita tentang pengakuan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof tentang pemilikannya dalam Binyu Sof (baca: bin Yusof) Enterprise.

Soalan saya, tidakkah mengarahkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia supaya 'tutup sebelah mata' itu merupakan salah satu penyalahgunaan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan Ahli Parlimen?

Baca juga: Ahli Parlimen Jasin patut dikenakan tindakan: Shahrir

Sekarang, kita tunggu dan lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (merangkap Ketua Whip BN) ke atas Ahli Parlimen tersebut.

Terfikir juga saya Pelan Integriti Nasional itu hanyalah sandiwara. Maka akan teruslah terhukum Datuk Shahrir yang menyokong usul Pembangkang dengan niat menegakkan integriti sebagai wakil rakyat dan ahli Parlimen.



Read more!

Tuesday, May 09, 2006

A Just Peace or No Peace

Israeli unilateralism is a recipe for conflict - as is the west's racist refusal to treat Palestinians as equals

Ismail Haniyeh
Friday
March 31, 2006
The Guardian

Do policymakers in Washington and Europe ever feel ashamed of their scandalous double standards? Before and since the Palestinian elections in January, they have continually insisted that Hamas comply with certain demands. They want us to recognise Israel, call off our resistance, and commit ourselves to whatever deals Israel and the Palestinian leadership reached in the past.

But we have not heard a single demand of the Israeli parties that took part in this week's elections, though some advocate the complete removal of the Palestinians from their lands. Even Ehud Olmert's Kadima party, whose Likud forebears frustrated every effort by the PLO to negotiate a peace settlement, campaigned on a programme that defies UN security council resolutions. His unilateralism is a violation of international law. Nevertheless no one, not even the Quartet - whose proposals for a settlement he continues to disregard, as his predecessor Ariel Sharon did - has dared ask anything of him.


Olmert's unilateralism is a recipe for conflict. It is a plan to impose a permanent situation in which the Palestinians end up with a homeland cut into pieces made inaccessible because of massive Jewish settlements built in contravention of international law on land seized illegally from the Palestinians. No plan will ever work without a guarantee, in exchange for an end to hostilities by both sides, of a total Israeli withdrawal from all the land occupied in 1967, including East Jerusalem; the release of all our prisoners; the removal of all settlers from all settlements; and recognition of the right of all refugees to return.

On this, all Palestinian factions and people agree, including the PLO, whose revival is essential so that it can resume its role in speaking for the Palestinians and presenting their case to the world.

The problem is not with any particular Palestinian group but with the denial of our basic rights by Israel. We in Hamas are for peace and want to put an end to bloodshed. We have been observing a unilateral truce for more than a year without reciprocity from the Israeli side. The message from Hamas and the Palestinian Authority to the world powers is this: talk to us no more about recognising Israel's "right to exist" or ending resistance until you obtain a commitment from the Israelis to withdraw from our land and recognise our rights.

Little will change for the Palestinians under Olmert's plan. Our land will still be occupied and our people enslaved and oppressed by the occupying power. So we will remain committed to our struggle to get back our lands and our freedom. Peaceful means will do if the world is willing to engage in a constructive and fair process in which we and the Israelis are treated as equals. We are sick and tired of the west's racist approach to the conflict, in which the Palestinians are regarded as inferior. Though we are the victims, we offer our hands in peace, but only a peace that is based on justice. However, if the Israelis continue to attack and kill our people and destroy their homes, impose sanctions, collectively punish us, and imprison men and women for exercising the right to self-defence, we have every right to respond with all available means.

Hamas has been freely elected. Our people have given us their confidence and we pledge to defend their rights and do our best to run their affairs through good governance. If we are boycotted in spite of this democratic choice - as we have been by the US and some of its allies - we will persist, and our friends have pledged to fill the gap. We have confidence in the peoples of the world, record numbers of whom identify with our struggle. This is a good time for peace-making - if the world wants peace.

·Ismail Haniyeh is the new Palestinian prime minister and a Hamas leader.
Email: ihaniyyeh@hotmail.com


Read more!

Thursday, May 04, 2006

E-mel dari Miri: Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak

Saya menerima e-mel ini daripada seorang sahabat saya yang bertugas di Miri, Sarawak semalam.

Salam,

Saya memang telah diberitahu semalam oleh Sdr Malek tentang sidang akhbar pertama MAFREL di Kuching ini. Tujuannya ialah untuk mendedahkan secara awal tentang beberapa keraguan berkenaan dengan senarai daftar pengundi dan memaklumkan fungsi, tugas dan kehadiran MAFREL dalam senario Pilihanraya Negeri Sarawak.

Pendedahan awal tentang keraguan daftar pengundi telah dapat dibuat dengan mudah dan profesional dengan bantuan 'programming' khas terhadap Senarai Daftar Pengundi yang rasmi yang digunakan untuk pilihanraya kali ini.

Dengan menumpu kepada 11 kawasan DUN di bawah 5 kawasan Parlimen terpilih masing-masing di Sibu, Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching and Miri, MAFREL telah dapat mengeluarkan keputusan awal data tersebut dalam masa beberapa jam sahaja. Ini hasil daripada pengalaman ketika PRK Pengkalan Pasir dulu.

Nyata daripada hasil yang diperolehi, sudah ada persoalan yang timbul. Terdapat 94 orang pengundi berdaftar pada satu alamat di Sibu! Dan terdapat peratus yang tinggi pengundi berdaftar tanpa alamat (misalnya di Bawang Assan - 71.41%). Adakah ini pengundi hantu? Memang tindakan sewajarnya ialah mengesahkan alamat dan pengundi tersebut secara fizikal sebagaimana yang dinyatakan oleh Sdr Malek.

Berilah sokongan kepada MAFREL dalam tugas pemantauan ke arah pilihanraya yang bebas lagi adil.

Syed Ibrahim Alhabshi


Read more!

Tuesday, May 02, 2006

Promosi E-Book Kenaikan Harga Minyak


Tujuan e-buku ini diterbitkan di internet supaya boleh dibaca oleh semua pengguna internet di Malaysia dan lain-lain.

Buku ini diterbitkan oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES).

Protes adalah gabungan parti-parti politik termasuk PAS, PKR, PSM, NGO dan gerakan pelajar.

Baca e-book: E-Buku : Kenaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan

Weblog PROTES: http://proteshargaminyak.blogspot.com


Read more!