Cetusan Minda...: "MALAY IS NOT LAZY, BUT NOT PRODUCTIVE"

Monday, September 05, 2005

"MALAY IS NOT LAZY, BUT NOT PRODUCTIVE"


Dalam majlis bersama Tun Daim Zainuddin baru-baru ini, teman sempat tanya 2 soalan:

1. What was the thing that mostly inspired you and your colleagues during your study in England to plan to be a millionaire by age of 35?
2. If you were student today, what would you do to achieve the same goal?

Tun Daim jawab, keadaan ketika itu (beliau berangkat ke London untuk belajar dalam bidang undang di Lincoln’s Inn pada tahun 1957) yang mempengaruhi beliau. Beliau ingin buktikan bahawa Melayu boleh berjaya seperti bangsa lain. Ramai peguam ketika itu antaranya termasuklah beliau dan Lee Kuan Yew. Namun, mereka tidak seperti Tun Daim. Tun Daim memilih untuk jadi peguam yang kaya.

Teman petik daripada buku Daim yang Diam:
“Daim mahu membuktikan kepada bangsa asing dan Mat Saleh bahawa bukan mereka sahaja boleh kaya, tapi anak peribumi juga mampu kaya setanding dengan mereka.” (Fatini Yaacob, 1997 m.s. 16)

Menjawab soalan teman yang kedua, jika sekarang beliau akan melibatkan diri dalam bisnes IT. Teman melihat jawapan ini melalui multi-tafsiran.

Bisnes IT boleh melalui pelbagai cara. Ada orang Melayu jadi jutawan melalui bisnes yang dikendalikan melalui internet. Terbaru, dalam Berita Minggu sepasang tunang telah mempunyai perniagaan percetakan sendiri dengan memulakan perniagaan melalui promosi di internet.

Banyak lagi. Lihat saja laman-laman web terkenal di internet. Penuh dengan iklan syarikat-syarikat terkemuka. Itu juga salah satu sumber pendapatan. Online advertising.

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

1 fakta menarik tentang Tun Daim, beliau menjadi jutawan sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Ini bukti bahawa jika Melayu itu sudah jelas perancangannya dan tetap dengan pendiriannya, tiada yang dapat menghalangnya melainkan kuasa Yang Esa.

Tun Daim kata, “Malay is not lazy but not productive. Therefore do work hard in productive area. Chinese help each other to become successful but Malays have full of jealousy.”

Fikirkan!
Baca:

1 Comments:

At September 07, 2005, Anonymous Anonymous said...

zikri,

IT things dari konsep dia tu rasanya macam yahoo, google, dan portal yang macam tu.

dia guna konsep 'properties' dan wujudkan 'tenancy' jugak :) hehe...

 

Post a Comment

<< Home