Sudah terhantuk baru nak terngadah
Teman terkejut juga ketika membaca laporan akhbar pada 26/10/2004 (Selasa) lepas tentang kes seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melahirkan bayi luar nikah. Lebih mengejutkan bila dia dilaporkan melahirkan bayi perempuannya di bilik hostel tanpa disambut bidan dan pegawai perubatan.
Bagi sesiapa yang membaca akhbar New Straits Times (26/10/2004) berita ini dilaporkan di mukasurat 4. Tetapi di Berita Harian, tarikh yang sama, ianya dilaporkan dalam kolum kecil di halaman B7.
Kita lihat apa kata Menteri...
1. Datuk Dr. Shafie menyifatkan ia sebagai kes terpencil berdasarkan keseluruhan populasi pelajar di semua 17 IPTA yang kini mencecah ratusan ribu.
2. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil ketika ditanya tentang isu ini:
"What's wrong is wrong. But we have to treat cases like this carefully... This case illustrates how uncaring society can be... Often in cases like this the girl has to face the wrath of family and society."
Isu apakah ini? Isu nasional atau isu dalaman kampus?
Bagi teman terpulanglah kepada anda untuk mengklasifikasikan isu ini. Yang pentingnya, ia adalah merupakan indikator jelas tentang gejala negatif di kalangan mahasiswa dan juga refleks kepada sikap masyarakat kampus untuk menanganinya.
Mahasiswi itu...
Kini dia sedang disiasat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan menurut pihak autoriti UUM kemungkinan dia boleh dibuang Universiti. Jika hudud dilaksanakan, telah cukup qarinah (circumstantial evidence), untuk disebat 100 kali.
Bangsa malu.
Universiti malu.
Mahasiswi itu malu.
Keluarganya juga turut malu.
Teman: "Teman menyeru pihak IPTA memperkemaskan agenda dalam menangani gejala negatif di kalangan mahasiswa. Arak, seks luar nikah, vcd lucah dan lain-lain lagi bukannya perkara asing di kampus. Program-program perlu dirancang untuk menyedarkan masyarakat kampus tentang peri penting keperihatinan mereka dalam membantu pihak pentadbiran Universiti dalam hal ini. Masyarakat kampus adakalanya langsung tidak memandang jelek jika ternampak pasangan kekasih yang berkepit di atas motor. Persepsi "Biasalah tu" perlu dikikis.
Banyak yang boleh dilakukan oleh pihak Universiti antaranya ialah konsep "ISLAMISASI" dijadikan misi Universiti. Teman rasa, model terbaik untuk ini ialah sepertimana yang dilaksanakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kita perlu sedar bahawa Melayu Islam adalah populasi utama di IPTA. Mahu tidak mahu, suatu usaha bersepadu yang efektif dan kompeten perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan pemimpin masa hadapan ini benar-benar berkualiti sebelum ditinggalkan oleh kepemimpinan sekarang."
Wallahua'lam.
Read more!